Saya tidak sempat menyaksikan kehebatan ratu trek Filipina, Lydia de Vega di depan mata sendiri.
Bekas juara 100m Sukan Asia 1982 itu bukan saja hebat di atas trek malah terkenal dengan wajah jelita hingga jadi tumpuan lensa kamera setiap kali beraksi.
Sememangnya, Filipina memiliki ramai atlit jelita terutama yang berdarah kacukan.
Antara yang menarik tumpuan pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 ialah kelibat pemain bola tampar, Rachel Anne Daquis.

Saya pernah bertemu dengannya ketika Sukan Sea Singapura 2015 namun tidak sempat menemubual. Dari jauh, sememangnya dia menarik perhatian walaupun negaranya gagal raih pingat.
Walaupun tewas, namun kejelitaan Rachel menyaksikan skuad Filipina dikerumuni peminat termasuk ketika sesi pemanas badan.
Kapten Filipina, Mika Reyes juga menarik perhatian dengan reputasi sebagai model.
Malah, kedua-duanya pernah tersenarai antara lapan wanita tercantik Filipina.
Bagi Malaysia, siapa tidak kenal ratu gimnas, Farah Ann Abd Hadi atau penerjun senior, Leong Mun Yee?
Mereka sudah lama menarik perhatian peminat sukan dunia kerana bukan saja hebat malah menyerlahkan kejelitaan wanita Malaysia.
Namun, saya yakin ramai lagi altit muda negara yang bakal membuat penampilan sulung pada temasya bulan depan memiliki aura jelita.
Inilah peluang untuk mereka bukan saja membuktikan kehebatan malah melebarkan sayap dalam bidang yang menjanjikan pendapatan lumayan.
Khabarnya, atlit polo air dan olahraga memiliki aura itu. Namun, adakah mereka juga hebat dalam acara masing-masing?
Nantikan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, bermula 19 Ogos ini.