Diam tak diam, musim baru Liga Malaysia akan bermula beberapa hari sahaja lagi.
Ketika ini, perang pasukan pun sudah bermula. Baik daripada pengambilan pemain sampailah ke pelancaran jersi, semuanya tak nak kalah!
Debaran kian terasa. Pasukan mana yang hebat, pasukan mana yang koyak, dan pasukan mana yang banyak drama? Semuanya akan terjawab sepanjang saingan musim ini berlangsung.
Aksi 2017 akan disingkap menerusi perlawanan Piala Sumbangsih antara juara Liga Super dan Piala FA 2016, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan juara Piala Malaysia 2016, Kedah di Stadium Larkin, Jumaat ini.
Sememangnya JDT kekal sebagai pasukan pilihan untuk cabaran musim ini walaupun mereka kehilangan dua penjaring terbanyak Liga Super musim lalu iaitu Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero.
Ini berdasarkan kapasiti pemain tempatan yang dimiliki jurulatih, Mario Gomez, apabila rata-ratanya merupakan pemain tempatan terbaik di negara dan terbaru antaranya Ahmad Hazwan Bakri, Safawi Rasid dan R. Gopinathan.
Jelas, aura yang dimiliki oleh pasukan JDT sejak beberapa tahun lalu masih kekal bertahan teguh.
Pahang pula seolah kembali diberikan 'nyawa' baru menerusi pembentukan skuad yang tampak jauh lebih mantap berbanding musim lalu.
Ditunjangi jurulatih yang mempunyai sentuhan magis, Dollah Salleh, Tok Gajah juga diperkuatkan pemain-pemain berpengalaman seperti Joseph Kalang Tie, Wan Zaharulnizam, Nurridzuan Abu Hassan dan Ahmad Syamim Yahya.
Selain Pahang dan JDT, Kedah juga tampak lebih digeruni kali ini susulan aksi cemerlang mereka musim lalu. Malah, skuad Lang Merah juga antara pasukan yang tidak banyak melakukan perubahan sekali gus memperlihatkan pasukan ini lebih matang untuk menghadapi kempen musim ini.
Cuma, skuad Tan Cheng Hoe perlu keluar daripada mentaliti Piala Malaysia dengan menjadikan kejuaraan Liga Super dan Piala FA sebagai penanda aras untuk mencapai kemajuan di peringkat lebih tinggi kelak.
Apa pun, penulis berasakan pasukan lain seperti Perak, PKNS FC, Melaka, Felda United dan T-Team mampu memberi elemen kejutan untuk mencabar kejuaraan musim ini.