RENCANA
Jangan ikut perasaan
Bahang saingan Liga Super semakin hangat apabila perebutan untuk menduduki tangga teratas saling bertukar di antara Pahang. Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Walaupun saingan Liga Super masih lagi jauh namun kerancakan liga ini akan menguji sejauh mana tahap kekuatan mental dan fizikal setiap pemain, serta bagaimana kebijaksanaan jurulatih dan pengurusan pasukan terutama untuk memastikan pemain dapat mengekalkan fokus dan berkerjasama mengekalkan prestasi.
Bukan mudah untuk seseorang pemain itu untuk mengekalkan prestasi terbaik mereka sekiranya tiada sokongan daripada pengurusan pasukan atau pun keluarga.
Iklan
Sekiranya pemain ini sentiasa diberikan motivasi dengan kata-kata perangsang dan nasihat serta pandangan, mereka akan rasa dihargai selain mampu mengawal emosi mereka.
Penulis juga mengharap pemain ini dapat menghadapi tekanan serta gangguan emosi di dalam perlawanan. Sekiranya ia dapat dikawal dengan pantas serta menutup terus apa yang berlaku dalam fikiran, ia tidak menggangu fokus serta prestasi dalam perlawanan mereka.
Inilah yang berlaku kepada pemain-pemain Kedah ketika berhadapan pasukan T-Team apabila Rizal Ghazali dilayangkan kad merah.
Mereka berasakan keputusan yang dilakukan oleh pengadil itu tidak adil kepada pasukan sehingga mereka hilang tumpuan dan akhirnya Kedah tewas dengan jumlah jaringan yang besar.
Dengan setuasi ini, sebagai seorang pemain perlu bijak berfikir dengan pantas, menilai adakah tindakan yang akan diambil itu akan menguntungkan pasukan atau sebaliknya.
Dengan itu, setiap pasukan perlu kerap mengadakan latihan psikologi untuk membantu mengembangkan minda pemain selain pemain turut berasa mereka akan dihargai serta diberikan perhatian oleh pengurusan pasukan.
Kepada pemain Kedah, lupakan apa yang berlaku, fokuslah pada misi pasukan untuk memburu kejayaan dan jangan ikut perasaan.
Must-Watch Video