Saya tahu pasti ramai yang semakin beri perhatian kepada raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, setiap kali dia menyertai mana-mana kejohanan termasuklah saya sendiri.
Terbuka Singapura menjadi kejohanan pertamanya dan barisan atlet olahraga lain selepas pulang dari Afrika Selatan dua minggu lalu.
Penulis yang berkesempatan membuat liputan untuk Nadi Arena bagi kejohanan Terbuka Singapura cukup teruja untuk melihat aksi Khairul Hafiz khususnya selepas disajikan dengan berita gembira pada hari pertama kejohanan mengenai kejayaan jaguh lompat tinggi, Nauraj Singh.
Justeru, pada hari kedua (28 April 2017) tumpuan beralih kepada acara yang sering diberi perhatian iaitu acara riben biru, 100 meter lelaki dan wanita.
Memandangkan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, tidak menyertai acara itu kerana ingin fokus kepada 4x100 meter, jadi penantian sudah tentu untuk Khairul Hafiz yang berjaya melepasi peringkat saringan untuk layak ke final.
Tetapi, sayangnya Khairul hanya berjaya tamatkan lariannya di tempat keempat dengan catatan 10.86 saat yang menyaksikan pelari dari Indonesia, Dewa Mudiyasa, meraih pingat emas dengan catatan 10.72 saat.
"Akak nampak tak saya nak terjatuh tadi? Kecewa betul la." Demikian yang diluahkan atlet berusia 19 tahun itu sebaik sahaja tamat perlumbaan sewaktu saya bertegur sapa untuk melakukan temu bual.
Jelasnya, dia terasa kekejangan di kaki kanan yang menyebabkan Khairul terpaksa memperlahankan larian, sekaligus meraih tempat keempat.
Dia khuatir jika dia memaksa diri, kecederaan lebih teruk akan berlaku memandangkan fokus utamanya adalah Sukan Sea
Melihat apa yang dialami oleh Khairul, mungkin kita perlu beri dia masa untuk benar-benar bersedia tanpa memberi tekanan.
Begitulah juga yang diharapkan oleh jurulatih Khairul sendiri, Mohd Poad Md Kassim, yang hanya inginkan anak buahnya termasuk Badrul Hisham Abdul Manap sekadar menjadikan kejohanan sebelum Sukan SEA sebagai pemanas badan sahaja.
Teruskan berjuang wahai atlet negara!