“Lepas game, ada bonus baik punya. Janji kau jangan score je. Kita dah set game malam ni kita kalah.”
Berderau darah saya mendengar tutur kata tersebut. Tambahan pula, bila diungkapkan oleh seorang pemain senior sepasukan. Fikiran saya menerawang ke masa saya mula-mula memasang cita-cita untuk menjadikan bola sepak satu kerjaya. Langsung tak terlintas yang perkara ini wujud dan akan berlaku, apatah lagi pada diri saya sendiri.
Ini ke bola sepak? This is not what I signed up for.
RM15,000 yang ditawarkan bukan jumlah kecil, terutama sekali bagi saya, yang baru sahaja bertapak dalam karier ini, dan juga baru dalam pasukan. Namun, saya begitu kaget dengan kebersahajaan pemain tersebut mempelawa saya untuk turut serta dalam komplot itu, sehingga seakan secara auto-mode, saya menolak dan enggan terbabit dengan perkara yang saya anggap keji itu.
Berkecamuk minda saya. Pelbagai persoalan menerjah diri;
Benda ni normal ke? Kena boikot ke aku nanti? Patut ke aku report perkara ni pada management?
Saya sedar yang saya pemain muda, berbanding pemain tersebut yang jauh lebih senior, dan juga anak jati pasukan negeri yang saya wakili ketika itu. Saya akui, ada rasa takut dan gusar yang mempengaruhi keputusan saya untuk berdiam diri dan tidak melaporkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.
Namun saya juga nekad untuk mempertahankan integriti dan maruah pasukan dengan cara saya tersendiri. Saya tahu, satu-satunya cara adalah untuk melakukan segala yang bertentangan dengan komplot tersebut – jaringkan gol, dan menang.
Ye, aku kena score. Dan team kena menang. Ini je cara nak ajar diorang!.
Pasukan kami tewas pada malam itu. Mungkin ada rakan sepasukan yang bersekongkol atau didekati oleh pemain senior tersebut dan menerima tawaran lumayan yang keji itu. Biarpun begitu, secara peribadi, saya tetap puas kerana saya berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut – satu jari tengah dari saya kepada satu komplot yang secara peribadi, jijik dan mencemar sukan yang saya cintai.
Aku mungkin mentah, tapi aku ada maruah. Nothing can take that away from me.
Saya sedar, godaan seperti ini sangat menguji dan mampu mengubah prinsip peribadi seseorang itu. Namun bagi saya, maruah dan integriti amat penting bukan setakat di atas padang sebagai pemain, juga sebagai manusia di atas muka bumi ini.
Selama lebih sedekad saya bergelar pemain profesional, itu bukanlah satu-satunya pengalaman saya berdepan dengan situasi mengatur perlawanan atau match-fixing ini. Peredaran masa menyaksikan pelbagai modus operandi dalam gejala mengatur perlawanan ini, seolah melalui proses evolusi dari taktik ortodoks, ke taktik yang lebih moden dan lebih maju.
Beberapa tahun selepas pengalaman pertama saya berhadapan dengan komplot atur perlawanan ini, sekali lagi saya berada dalam situasi yang sama, tapi kini dengan pasukan yang berbeza.
Biarpun saya tidak didekati ataupun dipelawa untuk turut serta dalam ‘perjanjian setan’ itu, perkara ini nampaknya masih didalangi pemain yang berpengaruh dalam pasukan. Komplot kali ini lebih kepada kelompok yang lebih kecil dan rapat dalam pasukan. Panggil saya naif, tapi sekali lagi, perkara ini mengejutkan saya.
Sampai bila benda ni nak jadi? When will it end?
Lebih mengecewakan adalah ketika saya bersama skuad kebangsaan. Panggilan untuk menyarung jersi keramat negara merupakan satu penghormatan buat saya. Mewakili negara adalah salah satu impian saya sejak saya kecil.
Suci. Ya, itu perkataan tepat untuk menggambarkan betapa pentingnya bermain di bawah lembayung Jalur Gemilang.
Namun, apabila saya melihat perkara ini turut berlaku dalam kem pasukan kebangsaan, hati ini luluh, dan segala yang selama ini saya sangkakan penuh warna, dipalit kekotoran yang paling jijik.Saya berani katakan bahawa mereka yang terlibat dalam gejala ini, adalah nama-nama terakhir peminat akan sangkakan. Untuk melihat mereka sanggup menggadai nama negara demi kemewahan yang sementara, adalah sesuatu yang menghantui saya sehingga ke hari ini.
Satu insiden yang saya masih ingat adalah ketika pasukan kebangsaan beraksi dalam satu kejohanan, yang melibatkan beberapa pasukan yang hebat. Ketika itu, sebenarnya kami mempunyai kemampuan, bukan sahaja untuk mencipta keputusan yang lebih baik, malah untuk membuktikan yang Harimau Malaya mampu membuat kejutan di aksi antarabangsa.
Namun, aksi-aksi yang agak menghampakan oleh segelintir rakan sepasukan, merobohkan impian tersebut, dan pada masa yang sama, menimbulkan keraguan di hati saya.
Beberapa gol mudah, kelalaian yang boleh dielakkan, menguatkan lagi naluri saya tentang adanya gejala rasuah dalam pasukan ini. Saya tidak berpeluang beraksi pada beberapa perlawanan yang menyaksikan pasukan kebangsaan gagal menunjukkan kekuatan sebenar Harimau Malaya.
Namun, sejurus diberi peluang oleh jurulatih untuk turun pada perlawanan terakhir setelah rombakan dibuat, saya sekali lagi mahu membuktikan yang kita mampu bersaing dengan pasukan-pasukan gergasi ini. Hasilnya, biarpun tewas sekali lagi, Harimau Malaya sekurang-kurangnya memberikan tentangan sengit kepada pasukan yang dibarisi pemain-pemain berpengalaman di liga-liga antarabangsa.
Sepanjang pemerhatian saya, dalang utama gejala rasuah di kalangan pemain rata-ratanya, adalah mereka yang mempunyai pengalaman dan pengaruh yang kuat dalam pasukan.
Bahasa pasarnya, otai. Kebanyakan mereka ini terdiri dari otai-otai, yang menjadi tunggak pasukan masing-masing. Pemain-pemain yang ketika latihan, memberi sepenuh jiwa raga dan kudrat dalam setiap rutin.
Tetapi tiba sahaja hari perlawanan, aksi berbeza yang dipamerkan. Seolah pusing 180 darjah dari apa yang diberi ketika latihan. Sejujurnya, saya benar-benar percaya yang kita sebenarnya tidak perlu menunggu sehingga tahun 2010 untuk muncul juara Piala AFF Suzuki buat kali pertama. Gejala rasuah lah yang menghalang kita dari mencapai kejayaan itu lebih awal, bukannya kemampuan kita sebagai pemain dan pasukan.
There, I said it. Kejujuran itu kadang kala menyakitkan.
Bayangkan perasaan kami, pemain-pemain yang teruja dan ikhlas, menyarung jersi kebangsaan demi lencana di dada. Bertungkus lumus kami berikan sepenuhnya untuk pasukan, tetapi dikhianati oleh rakan-rakan sepasukan sendiri yang tidak bermoral dan bertanggungjawab.
Memalukan. A disgrace. Mengecewakan.
Saya akui, beberapa musim kebelakangan ini, saya tidak lagi dengar mengenai kelibat pemain yang mengatur keputusan perlawanan atau terdapatnya pemain yang cuba menghampiri saya. Mungkin setelah beberapa tahun dalam the beautiful game ini, mereka menyedari yang saya bukan pemain sebegitu.
Mungkin juga, saya masih naif. Modus operandi mereka kini mungkin lebih advance, sehingga sukar dikesan. Semua ini satu kemungkinan. Tambahan pula, kelab-kelab bolasepak kini lebih prihatin tentang anasir-anasir jahat ini dan amat komited dalam perang ke atas gejala rasuah.
Saya masih gusar dan khuatir, terutama dengan keadaan masa kini yang menyaksikan beberapa pasukan berdepan dengan masalah kewangan, dan tidak mustahil, keadaan ini mampu membiakkan isu ini kembali menghantui sukan yang saya cintai ini.
Bagi saya, usaha memerangi gejala rasuah ini perlu kekuatan dan keiltizaman dari semua pemegang taruh sukan bola sepak. Dari pemain, pengurusan dan juga badan induk, semua harus menggembleng usaha dan juga lonjakan saujana dalam menangani masalah ini.
Panggil saya sang pemimpi, panggil saya idealis. Saya tahu, suatu hari nanti, kita, sebagai satu negara yang gilakan bola sepak, mampu menghapuskan anasir rasuah dari sukan yang suci ini. Jangan kita asyik terbuai dengan keseronokan, sehingga melupakan isu-isu yang mampu menjatuhkan imej pasukan dan sukan bola sepak itu sendiri.
Jangan sampai menang sorak, kampung tergadai!
Masih aktif dalam bola sepak, Talisman Asrar berpengalaman di peringkat liga dan antarabangsa, dan kadangkala mempunyai peranan besar sebagai pengkritik kerusi malas.