Skip to main content

Rencana

Jaguh badminton dunia di Astro Arena

tai-tzu-ying.jpg

Tumpuan bagi saingan SS Purple League mendapat perhatian hebat apabila melibatkan pemain-pemain bukan sahaja ternama tetapi ranking terbaik dunia.
 

Beberapa hari lalu, Puchong United BC mengumumkan beberapa nama besar dalam arena badminton dunia yang akan menyertai kelab mereka bagi Pusingan Akhir , antaranya jaguh wanita ranking nombor 1 dunia Tai Tzu Ying dari Taiwan, pemain beregu wanita ranking nombor 2 dunia Cristinna Pedersen yang akan bergandingan dalam acara beregu campuran bersama pemain nombor 4 dunia Joachim Fischer Nielsen.

Ini adalah kerana pemain sedia ada mereka iaitu buah hati rakyat Malaysia Goh Liu Ying mengalami kecederaan dan menghalang beliau untuk meneruskan aksi dalam SS Purple League ini.
 
Puchong United yang berada di ranking ke tiga dalam peringkat liga perlu menang dengan Ampang Jaya BC bagi melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.
 
Sementara dalam satu lagi aksi suku akhir menyaksikan pertembungan Petaling Jaya BC dan Petaling BC.
 
Muar BC yang menduduki tangga pertama bersama BU Dragons BC di tangga kedua terus menunggu lawan masing-masing di Separuh Akhir.

Namun, biarpun mendapat pintas ke separuh akhir, bagi Muar BC mereka perlu berhati-hati kerana mereka akan berjumpa samada Puchong United BC atau Ampang Jaya BC dimana Ampang Jaya BC merupakan antara pasukan yang pernah menewaskan mereka do peringkat liga.
 
Sementara BU Dragons yang akan bertemu antara Petaling Jaya BC dan Petaling BC mempertaruhkan beberapa pemain negara antaranya Tan Wee Kiong, Goh Jin Wei, Tan Kiang Meng dan Lai Pei Jing.
 
Selain 6 pasukan teratas liga yang akan beraksi dalam jadual masing-masing, Kepong BC,Serdang BC,Bangsar Hawks BC dan Klang City BC akan bersaing bagi merebut tangga ketujuh hingga kesepuluh.
 
Kejohanan yang akan masuk Pusingan Akhir bermula 9 hingga 12 Februari ini akan bertempat di Arena All Stars Genting Highland. Nampaknya memang tepat dengan namanya menempatkan “all stars” dan Astro Arena sebagai penyiar rasmi bagi siaran langsung nanti.Jangan lupa saluran 801 dan 801HD!
 

Advertisement

Must Watch Video