Bergerau darah saya melihat kapten hoki negara, Sukri Mutalib terbaring di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil selepas bertembung dengan pemain New Zealand pada suku pertama aksi persahabatan.
Bukan soal dia dapat meneruskan permainan atau tidak. Tetapi apabila dia dibawa keluar sambil memegang rusuk kanan, saya terbayang sesuatu yang buruk.
Dia kemudian menerima rawatan di luar oleh pegawai fisioterapi Institut Sukan Negara namun dilihat masih memegang rusuk kanan.
Sukri kemudian masuk ke bilik persalinan dan keluar dalam keadaan lebih tenang. Dia cuma duduk di bangku simpanan sambil menjerit kepada rakan sepasukan yang sedang berjuang di atas padang - itu tanggungawab kapten.
Keadaan lebih tenang apabila Sukri kembali dimasukkan.
Namun, pertahanan berusia 32 tahun itu beraksi dalam keadaan tidak selesa.
Dia kerap memegang rusuk kanan malah gagal pamer aksi terbaik.
Keadaan tambah sukar dengan situasi rakan pertahanan, Muhammad Razie Abd Rahim yang baru pulih kecederaan hamstring. Dia juga bergelut untuk pamer aksi terbaik.
"Ada beberapa pemain yang diberi peluang beraksi. Masih ada masa untuk mereka capai prestasi terbaik sebelum perlawanan pertama Piala Dunia (menentang Belanda pada 1 Disember)," kata Ketua Jurulatih negara, Roelant Oltmans.
Setakat ini, ISN sedang memantau keadaan Sukri.
Keadaan nampak baik sekali gus peluang cerah untuk The Malaysian Hockey Tigers diketuai seorang kapten yang penuh sifat kepimpinan.
Malah, saya yakin Sukri juga benar-benar mahu ke Bhubaneswar, India kerana ini mungkin Piala Dunia terakhirnya.