Memasuki pertengahan musim saingan Liga Malaysia (Liga M), semua pasukan mula merasai impak kepadatan jadual perlawanan. Apa tidaknya, mereka perlu melalui 10 perlawanan liga dan 11 aksi Piala Malaysia dalam tempoh tiga bulan.
Malah, kini ada pasukan yang bermain dua perlawanan dalam tempoh 72 jam adalah sesuatu yang tidak elok kepada pemain.
Jurulatih Felda United, Irfan Bakti dan pengendali Kelantan, Velizar Popov antara yang menyuarakan rungutan mereka berhubung masalah berkenaan.

Namun, ia bukanlah senario baru bola sepak tanah air kerana situasi ini berlaku saban tahun. Malah, pasukan-pasukan yang beraksi dalam saingan liga terkemuka dunia juga pernah berdepan masalah yang sama.
Pendekatan Johor Darul Takzim kini dianggap terbaik kerana mereka tampak kurang memberi penumpuan terhadap kempen Piala Malaysia sebaliknya fokus mengejar kejuaraan Liga Super yang menawarkan slot Piala AFC.
Ia membolehkan pemain-pemain utama pasukan berkenaan mendapatkan rehat secukupnya dan mengelak daripada terkesan dengan jadual padat baki saingan musim ini.
Pasukan lain mungkin berdepan masalah untuk berbuat demikian kerana tidak mempunyai kelompok besar pemain seperti JDT, apatah lagi jurulatih mereka ditetapkan sekurang-kurangnya meraih satu piala.
Namun, adalah lebih baik tumpuan hanya diberikan kepada satu kejuaraan sahaja. Liga Super atau Piala Malaysia?, pilihan harus bijak memandangkan setiap kejohanan menawarkan keistimewaan berbeza.
Namun, adalah lebih baik tumpuan hanya diberikan kepada satu kejuaraan sahaja. Liga Super atau Piala Malaysia?, pilihan harus bijak memandangkan setiap kejohanan menawarkan keistimewaan berbeza.
Musim ini, masalah jadual padat berpunca daripada kelewatan Liga M yang bermula pada pertengahan Februari lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam memberi jaminan masalah kepadatan jadual Liga M tidak akan berulang pada saingan musim depan.
Kita harapkan, ia menjadi kenyataan agar wujud saingan lebih kompetitif dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain berbakat masa depan.