Sepanjang membuat liputan dalam kem badminton negara terjalin persahabatan dengan hampir keseluruhan skuad kebangsaan khususnya barisan pemain.
Tetapi keakraban dengan Iskandar sedikit berbeza, sudah sampai tahap keluarga, ibarat adik dengan abang.
Begitu juga saya dengan dua lagi adik Iskandar Amzzar dan Ameer bekas beregu lelaki kebangsaan.
Anak-anak kepada pelopor satu dinasti kecil badminton tempatan, Zainuddin Hassan.
Perkhabaran dia membuat keputusan untuk keluar daripada skuad kebangsaan bukan sesuatu yang mengejutkan.
Sudah banyak kali Iskandar berkongsi luahan hati untuk cuba berdikari tanpa sandaran tekanan luar biasa.
Terkilan?, ya sudah pasti, kerana Malaysia tidak berkesempatan melihat betapa istimewanya bakat Iskandar.
Terkenang waktu dia beraksi di separuh akhir GP Emas Terbuka Malaysia 2016 menentang K.Srikanth.
Kalau ada masa, luangkan, lihat betapa besar potensi perseorangan ini.
Segalanya berjalan mengikut perancangan saya fikir buat Iskandar pada tahun 2016 itu, beraksi cemerlang bersama skuad Piala Thomas juga termasuk dia layak ke separuh akhir Siri Super Premier di Terbuka China.
Itu, sebelum dia diuji hebat dengan kecederaan belakang yang serius.
Kadang saya terfikir, bagaimana kalau dia tidak cedera apakah itu akan mengubah bagaimana Malaysia memandang kepada Iskandar.
Saya lebih mahu melihat ini sebagai pengembaraan baru buat Iskandar sebagai seorang profesional.
Mungkin ini yang diperlukannya untuk memenuhi segala aspirasi yang menjadi dukungan membawa nama Malaysia dan Zainuddin di persada antarabangsa.
Seperti dikongsi dia selepas bergelar Juara Kebangsaan buat julung kalinya pada 2015.
Satu permulaan yang baru.
See you soon My Brother.