Kegagalan menjulang salah satu piala dalam Liga Malayisa telah mengundang perasaan bertanggungjawab dalam diri jurulatih Felda United FC, Irfan Bakti Abu Salim, apabila mengumumkan perletakan jawatannya.
Ini satu sikap terpuji yang dilakukan oleh seorang jurulatih berpengalaman dan berpengaruh dalam bola sepak negara.
Ia merupakan satu pengajaran dan contoh yang berguna kepada semua, baik jurulatih, pemain, lebih-lebih lagi pengurusan.
Sudah tentu keberanian Irfan mengeluarkan kenyataan itu mengejutkan ramai pihak, bukan hanya pengurusan Felda United tetapi juga kepada peminat.
Tambahan pula, dengan reputasi dan kejayaan membawa Felda United ke era kegemilangan serta buat pertama kali mencipta sejarah apabila layak ke Piala AFC 2017, keikhlasan Irfan harus menyentuh perasaan ramai.
Ini satu tanparan hebat kepada pengurusan Felda United terhadap bagaimana mereka ingin mencari jalan untuk memujuk serta mengunakan kebijaksanaan pengurusan supaya Irfan kekal bersama Felda United kerana itu adalah harapan pemain-pemain Felda United sendiri yang rata-rata mengumpamakannya sebagai “ayah’.
Sekiranya tidak berjaya memujuk Irfan, pengurusan Felda United perlu bijak memilih jurulatih untuk membimbing pasukan, apatah lagi mereka akan bermain dalam saingan Piala AFC 2017.
Lantaran itu, pengurusan Felda United perlu mencari seorang jurulatih yang mempunyai nama besar dengan karektor dan imej serta personaliti yang besar, di mana dia akan dihormati pemain dan mampu memberi Impak yang besar kepada imej Felda United FC.
Ini perlu kerana imej dan penjenamaan Felda United FC yang begitu besar ketika ini apabila ia berjaya dibina oleh Irfan dan pengurusan pasukan itu.
Sekiranya mencari jurulatih tempatan, mereka hendaklah mendapatkan seorang yang setaraf dengan Irfan yang mempunyai banyak kejayaan dan mempunyai karisma serta idea baharu.
Ia umpama Azraai Khor dan Wan Jamak Wan Hassan. Walaupun mereka dianggap veteran, pengalaman yang luas serta banyak kejayaan yang dicipta, termasuk menjulang piala, akan membuat tokoh seperti ini lebih dihormati pemain.
Apa yang lebih penting di sini ialah penjenamaan Felda United FC perlu dikekalkan selain sikap ‘gentleman’ Irfan mengambil tanggungjawab terhadap pencapaian pasukan kendaliannya musim ini, wajar dihormati..