Pelumba daripada pasukan Repsol Honda, Marc Marquez, menggungguli perlumbahan pada minggu ini apabila dinobatkan sebagai juara bagi saingan MotoGP Belanda di Sirkit TT Assen.
Perlumbaan yang berlangsung sebanyak 26 pusingan itu menyaksikan Marquez menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 41 minit 13.863 saat meninggalkan pesaingnya dari Suzuki Alex Rins di tempat kedua dan Maverick Vinales dari Yamaha di tempat ketiga.
Perlumbaan kali ini agak dramatik apabila kesemua pelumba di kelompok hadapan saling cabar-mencabar antara satu sama lain dan hanya 4.462saat memisahkan di antara pelumba pertama dan ketujuh.
Marquez memulakan aksi di kedudukan paling hadapan tidak berjaya memimpin perlumbaan dalam tempoh yang lama apabila berjaya dipintas beberapa pelumba seperti Jorge Lorenzo, Valentino Rossi , Alex Rins dan Maverick Vinales.
Namun begitu, di pusingan ketujuh terakhir Marquez berjaya memintas Vinales dan berjaya mengekalkan kedudukannya sehingga tamat perlumbaan. Kemenangan ini menyaksikan beliau mengukuhkan kedudukannya sebagai pelumba terbaik setakat ini dengan memperoleh 140 mata beza 41 mata dengan pelumba di tempat kedua dari Yamaha, Valentino Rossi berjaya menamatkan saingan di tempat kelima.
Jelas sekali, perlumbaan kali ini agak gila menurut Marquez, apabila masing-masing mempamerkan tunggangan yang menakjubkan terutamanya di laluan lurus.
Marquez juga menyatakan aksi perlumbaan kali ini seakan-akan berada di saingan Moto3 apabila kedudukan pelumba mempunyai jarak yang begitu hampir antara satu sama lain.
Namun begitu, di pusingan 4 terakhir Marquez cuba menumpukan perhatian dengan mengelakkan sebarang kesilapan sehingga dapat menjarakkan diri dari Alex Rins.
Pelumba negara Hafizh Syahrin pula gagal mendapatkan sebarang mata apabila hanya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 18, ketinggalan 33.824 saat dari pelumba di kedudukan paling hadapan.
Dua lagi pelumba negara iaitu Khairul Idham Pawi menamatkan perlumbaan di tempat ke-19 dalam kategori Moto2 dan Adam Norrodin di kedudukan ke-21 dalam saingan Moto3.