Pasukan England yang dibarisi bintang-bintang bola sepak terkemuka dunia gagal mencipta kemenangan dalam perlawanan sulung saingan Kumpulan B, Euro 2016, menentang Russia.
Roy Hodgson yang merupakan ketua jurulatih skuad The Three Lions dikritik hebat apabila gagal menterjemahkan taktikal yang mampu menjelmakan kemenangan apabila tiada gerakan-gerakan menarik mahupun penyudah berkualiti mampu dicipta barisan penyerang. Gol England pula hanya hadir menerusi situasi bola mati apabila Eric Dier berjaya menyempurnakan peluang yang dimiliki menerusi sepakan percuma, dan selebihnya aksi England boleh dikatakan hambar.
Ramai yang mengkritik corak yang dipamerkan anak-anak buah Roy Hodgson namun lebih ramai yang tidak berpuas hati dengan pemilihan dan taktikal yang diterapkan. Antara yang dipersoalkan adalah mengapa Vardy tidak diturunkan? Dan mengapa setiap kali sepakan penjuru diperolehi, Kane yang akan mengambil sepakan? Bukankah tugasnya lebih kepada menjaringkan gol dan bukan mengambil sepakan? Ditambah pula Kane antara pemain yang mempunyai kelebihan fizikal di kalangan pemain England.
Bekas penyerang England, Alan Shearer turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan apa yang dipamerkan England dalam perlawanan bertemu Russia. Katanya, tugas seorang penyerang adalah mendapatkan gol, dan jika jurulatih menugaskan beliau untuk mengambil sepakan penjuru, beliau akan menyuruh jurulatih memilih pemain lain untuk melakukan sepakan.
Episod duka England tidak berhenti setakat itu apabila Persatuan Bolasepak England turut diberikan amaran oleh UEFA berkenaan tidakan penyokong mereka yang bertindak keterlaluan dan di luar kawalan apabila bergaduh dengan penyokong Russia. Jika perkara sama berulang, berkemungkinan England dan Russia akan disingkirkan dari kejohanan ini.
Masih ada harapan buat The Three Lions untuk bangkit dan mencipta kemenangan dalam Euro 2016 dan selaku peminat England, penulis berharap episod duka / tiada tuah England dalam kejohanan singkat seperti Euro atau pun Piala Dunia akan terhenti apabila mereka sekurang-kurangnya berjaya layak ke peringkat kalah mati.