Selepas kedatangan Matias Hadwa bersama PKNS pada awal musim, nampaknya satu persatu import dari Palestin mula memeriahkan Liga Malaysia.
Melaka baharu sahaja mengesahkan mereka telah dapatkan Yaser Pinto sementara satu lagi pesaing mereka di Liga Perdana, Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan mengambil Jonathan Zorrilla sebagai pengganti Anselmo Arruda.
Mereka bertiga mempunyai persamaan yang sama iaitu merupakan kacukan Chile-Palestin serta produk naturalisasi skuad kebangsaan Palestin.
Nama Zorrilla terutamanya mungkin masih segar dalam kalangan pemain negara semasa beraksi di pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 yang berlangsung di Amman, Jordan.
Dia merupakan penjaring gol pertama Palestin yang menyaksikan Malaysia sekali lagi diaibkan 6-0, sama seperti ketika aksi pertama di Stadium Shah Alam.
Sementara Pinto pernah mendapat panggilan pasukan Palestin ketika berdepan Timor Leste pada 29 Mac 2016.
Penulis sempat berbual dengan Pinto, pemain import terbaharu Melaka sebelum turun dalam perlawanan persahabatan menentang Selangor pada 18 Jun lalu.
Khabarnya, di Chile sebenarnya mempunyai komuniti kecil yang berasal dari Palestin dan apabila diminta mewakili Palestin di pentas antarabangsa, situasi itu bukan sesuatu yang janggal buat mereka.
Mengenai mengapa mereka memilih bermain di Liga Malaysia, Pinto akui menerima banyak tawaran daripada pasukan di negara ini.
Namun, dia memilih ke Melaka kerana pasukan itu begitu serius mahu dapatkan khidmatnya selepas hanya beberapa hari jalani pemilihan.
Malahan, dia mendapat maklum balas yang baik daripada Matias Hadwa mengenai kemeriahan dan kualiti Liga Malaysia.
Daripada apa yang boleh disimpulkan, mungkin kualiti yang ada pada kelompok pemain Palestin tanpa mengeluarkan kos yang terlalu banyak seperti mana import negara lain, maka mereka semakin menjadi pilihan.
Ditambah semakin sukar dapatkan pemain yang benar-benar konsisten untuk memenuhi kuota import dari Asia, Palestin dilihat menjadi pilihan ideal buat kebanyakan jurulatih.
Selepas Hadwa, Pinto dan Zorrilla...mungkinkah akan ada lagi pemain Palestin datang ke mari?