"Mudah untuk bercakap apabila memenangi perlawanan. Kita akan tahu apabila memasuki fasa sukar."
Ringkas tetapi kenyataan daripada bintang Chelsea, Eden Hazard, itu mengenai kemampuan pasukannya selepas enam perlawanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, menjelaskan satu keyakinan tanpa rasa angkuh dengan pencapaian setakat ini.
Chelsea memulakan kempen 2018/19 dengan nada positif, menduduki tangga ketiga liga dan dibezakan dua mata dengan pendahulu, Liverpool, yang masih kekal dengan rekod kemenangan bersih.

Ternyata, kehadiran Maurizio Sarri menggantikan tempat Antonio Conte telah membawa nafas baru dalam kem The Blues, lebih-lebih lagi konsep “Sarriball” yang dibawa mula menampakkan hasil dan memadamkan keaiban yang ditanggung Chelsea musim lalu.
Tatkala Conte berpegang teguh dengan konsep bertahan, mempertaruhkan aspek fizikal dan serangan balas sewaktu berada di Stamford Bridge, Sarri bijak mengadaptasikan corak permainan seperti ketika dia mengendalikan Napoli sebelum ini.
Namun, apa itu “Sarriball” dan apakah keistimewaannya?

Sarriball atau nama lain, Sarrismo, adalah satu corak permainan yang diterapkan Sarri, mempertaruhkan gaya bola sepak pantas, kawalan bola kemas ketika menyerang dan ia hampir menyamai konsep Tiki-Taka yang sering menjadi asas buat pengurus Manchester City, Pep Guardiola.
Ia berteraskan hantaran pendek dan pantas, seiring dengan pergerakan dilancarkan oleh pasukan yang bermula dari barisan bawah sambil meletakkan pertahanan selaku peneraju utama corak tersebut.
Jika di Napoli Sarri mengharapkan Kalidou Koulibaly sebagai tunjang utama, tidak hairan dia kembali menggunakan khidmat pertahanan tengah ofensif, David Luiz, dalam kesebelasan utama sebaik sahaja tiba di Stamford Bridge bagi merealisasikan pertaruhannya di atas padang walaupun pemain dari Brazil itu tampak tidak menjadi perhatian Conte musim lalu.
Corak permainan menyerang dan memberikan tekanan tinggi kepada lawan itu jelas memberi kepuasan kepada beberapa bintang Chelsea yang secara terbuka mengakuinya, seperti Hazard, Willian, malah pemain yang berada di bangku simpanan, Gary Cahill.

Kemampuan Sarri pantas menerbitkan rasa gembira dalam pasukan harus dipuji kerana dia pasti sedar kunci utama kejayaan di atas padang adalah moral pemain-pemain.
Jika ada pihak yang berpendapat dia masih belum diuji sepenuhnya, persoalan itu bakal terjawab awal pagi esok apabila mereka bertandang ke Anfield berdepan Liverpool bagi aksi pusingan ketiga Piala EFL, sebelum menentang lawan sama dalam perlawanan ketujuh liga pada hujung minggu ini di laman sendiri.