Dua kali saya menyebut dalam laporan berita saya, penyerang Nakhon Ratchasima, Shahrel Fikri Md Fauzi, akan dipertaruhkan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Kemboja di Phnom Penh, semalam.
Namun, jangkaan saya meleset apabila Shahrel Fikri yang lebih mesra disapa Eky sekali lagi bermula di bangku pemain simpanan selepas perlawanan menentang Taiwan di tempat lawan, Jumaat lalu.
Penyerang kelahiran Perak berusia 24 tahun itu dimasukkan pada minit ke-58 babak kedua selepas jentera serangan skuad kebangsaan, gandingan Zaquan Adha Abdul Radzak, Syazwan Zainon dan Akhyar Rashid buntu menghasilkan jaringan.
Ternyata, percaturan taktikal pengendali negara Tan Cheng Hoe membuahkan hasil apabila bekas pemain PKNP FC itu cemerlang membantu skuad negara mencipta kebangkitan untuk menewaskan Kemboja 3-1.
Dia menyumbat satu gol dan melakukan dua 'assist' dalam pertemuan itu hanya dalam tempoh 32 minit dan ia dilakukannya dengan penuh bergaya menerusi keyakinan, ketepatan serta kemahiran individu tinggi.
Persembahan Shahrel Fikri mendapat pujian peminat bola sepak tanahair dan bagi saya, apa yang diperagakan pemain itu adalah hasil daripada impak beraksi dalam liga kompetitif di Thailand. Dia terpaksa bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama walaupun tampil sebagai pemain import.
Malah, ketika mendapat peluang beraksi, dia juga perlu membuktikan kewibawaannya terutama untuk menghasilkan jaringan bagi membantu pasukan mencapai kemenangan selain meletakkan dirinya di tahap lebih tinggi daripada pemain tempatan di negara itu.
Jelas, cabaran yang ditempuhi Shahrel dalam tempoh beberapa bulan di sana mula memberi kesan kepada prestasinya di atas padang dengan perubahan paling ketara dapat dilihat adalah tahap keyakinannya.
Ia memberi petanda baik buat skuad negara untuk menghadapi Piala Suzuki AFF, November ini kerana Cheng Hoe masih lagi punyai penyerang berkaliber yang tidak diturunkan iaitu Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad.
Ada di kalangan peminat sudah mula membayangkan jentera serangan skuad negara selepas ini akan digalas trio Shahrel, Safawi dan Akhyar dan itu sememangnya perkara yang menarik untuk disaksikan nanti.
Selain Shahrel, pilihan saya sebagai pemain yang menyinar dalam pertemuan dengan Kemboja ialah pemain tengah dari Sabah, Azizan Nordin dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, selepas kedua-duanya juga berjaya memainkan peranan masing-masing.
Tahniah buat skuad Harimay Malaya, namun jangan mendabik dada kerana perjuangan anda masih belum selesai.
Kredit foto: Facebook FAMalaysiaOfficial