Kepincangan demi kepincangan dibogelkan kepada umum.
Jika tidak berlaku kegagalan skuad Lim Teong Kim, mungkin keadaan parah di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan masalah dalaman Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) kekal menjadi rahsia yang disimpan kemas.
‘Pengkhianat.’
Itu label yang cukup keras tapi jelas diluahkan bekas Jurulatih Belia Kebangsaan Datuk Richard Scully yang nyata kecewa sebaik pembongkaran berlaku Jumaat lalu.
Projek mega yang indah khabar dari rupa, jelas undang kecewa pencinta bola sepak negara yang tidak menyangka, NFDP & AMD hanya omong kosong pihak yang berkiblatkan keuntungan individu semata mata.
Boneka adalah pemain yang menjadi mangsa angan kosong yang kononnya merekalah barisan harapan negara yang akan cipta sejarah bola sepak, dengan sasaran pentas Piala Dunia.
Reaksi dari pemerhati bola sepak negara Hasnizam Uzir, betapa pemain belia negara tidak diberi makan yang cukup dengan beban latihan yang berat diiyakan pemain yang bersua muka dengan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman tempoh hari.
"Macam mana nak berlatih dengan baik kalau zat dan nutrisi yang disediakan tak setimpal dengan corak latihan berat yang mereka jalani saban hari", Itu perkara utama yang disuarakan Hasnizam
Richard juga tidak ketinggalan persoal fizikal pemain negara yang nyata jauh ketinggalan jika di bandingkan dengan pemain negara lain ketika saingan Kejohanan AFC bawah 16 tahun tempoh hari.
"Sebab itu pemain kita tiada satupun yang memiliki fizikal pemain berkelas dunia, jika betul penjagaan mereka bagi tempoh 4 tahun, takkan yang turun ke padang keding belaka"?
Itu baru satu, macam mana pula dengan 740 kerosakan yang berlaku di AMD ? Fasiliti 85 juta Ringgit selepas 4 tahun saling tak tumpah umpama bangunan terbengkalai yang menjadi mangsa penipuan pemaju.
Katanya ada jaminan dua tahun. Jadi dalam tempoh 4 tahun tiada urus tadbir sebenar yang di lakukan pihak pengurusan NFDP atau paling lekeh dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ?