Memandangkan saga dalam menentukan siapa presiden baru Persatuan Badminton Malaysia sudah pun menemui sinarnya, maka moleklah untuk kita memandang kepada masa depan.
Sebelum itu, tahniah kepada Datuk Seri Norza Zakaria dan barisan kepimpinan lain yang diberi mandat menjunjung badminton Malaysia.
1.Legasi badminton Malaysia
Malaysia memiliki tradisi sebagai antara perintis sukan ini daripada setiap era kompetitif sukan raket ini sehinggalah sekarang.
Malah Malaysia di anggap antara kuasa besar sukan ini di samping China,Indonesia dan Denmark berdasarkan reputasi kejayaan terdahulu.
Tetapi BAM, saya fikir perlu cabar status di mana reputasi sahaja tidak memadai dan mula membina legasi baru untuk menjadi sandaran aspirasi buat anak-anak muda yang mengimpikan untuk satu hari menjadi jaguh negara.
2.Piala Thomas
Sebut soal legasi badminton negara,kejayaan mendakap Piala Thomas 1992 masih lagi segar dalam ingatan walaupun sudah 25 tahun berlalu!
Malaysia hampir menamatkan kemarau itu dua edisi lalu sebelum kecudang di tangan Jepun dalam keadaan yang cukup merentap jiwa setiap rakyat negara.
Ada dua edisi kejohanan ini sebelum Olimpik Tokyo 2020 dan paling hampir tahun hadapan, 2018 di Bangkok, Thailand.
Malaysia memiliki bakat berkualiti yang semakin matang walaupn tanpa kudrat Datuk Lee Chong Wei untuk mengembalikan Piala Thomas ke tanah air.
Malah kejayaan memenangi Piala Thomas akan menawarkan sesuatu yang berbeza terhadap misi lebih besar badminton yang akan saya sentuh pada penghujungnya.
3.Pengganti Datuk Lee Chong Wei
Ini yang paling sensitif untuk dibincangkan kerana sehingga hari ini Malaysia masih belum berupaya untuk mencari jaguh setaraf Ikon ini.
Sudah tiba masa Malaysia serta saya juga untuk terima hakikat tidak akan ada pengganti kepada individu bernama Chong Wei ini.
Tetapi apa yang BAM boleh lakukan adalah untuk meneruskan legasi DLCW dengan membentuk skuad seimbang dalam setiap disiplin badminton kompetitif.
Skuad beregu lelaki dan beregu campuran sudah membuktikan mereka juga berupaya pikul tanggungjawab yang selama ini jadi bebanan perseorangan lelaki.
Dalam bersikap realistik usah juga putus asa,mungkin bintang yang kita nantikan ini masih belum lahir.
4.Emas Olimpik di Tokyo
Malaysia memiliki peluang untuk menamatkan kempen Olimpik Rio 2016 dengan TIGA PINGAT EMAS daripada badminton,begitu hampir untuk akhirnya menikmati kejayaan di pentas sukan paling ulung.
Tetapi berdasarkan statistik dan juga kemampuan skuad negara,badminton akan sekali lagi memacu misi emas sulung Olimpik Malaysia di Jepun.
Atas dasar itu saya berasakan sebarang kejayaan besar dalam perjalanan ke Tokyo seperti Piala Thomas akan menawarkan suntikan semangat luar biasa.
Andai ditakdirkan Malaysia tidak lagi memiliki kudrat Chong Wei di Tokyo, skuad yang lebih seimbang akan membantu dalam memastikan kelayakan lebih ramai wakil negara di Olimpik nanti.