Usah sekali-kali disebut soal “mandi bunga” kepada jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, menjelang final Piala Malaysia, 30 Oktober ini.
Ia akan sekadar mengundang tawa kecilnya – tanpa pernyataan bersetuju mahupun sebaliknya.
Di sebalik skuad Lang Merah itu mengharapkan perubahan nasib – sejarah Piala Malaysia tidak banyak memihak pasukan yang ingin melepas dendam – harus ritual mandi bunga, amalan animisme kononnya untuk membuang badi, adalah perkara terakhir terlintas di fikirannya.
Sekitar awal Mac lalu, Cheng Hoe sudah pun mendepani situasi hampir serupa.
Dengan jadual yang menetapkan Kelantan akan dua kali berdepan Kedah dalam tempoh seminggu, pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) itu memilih untuk mandi bunga bagi mengatasi kehambaran dan kemarau kemenangan sebelumnya.
"Ya, itu (mandi bunga) cara mereka (Kelantan), mungkin untuk menaikkan semangat dalam kalangan pemain secara psikologi," adalah jawapan penuh diplomasi Cheng Hoe ketika itu tanpa sebarang ungkapan yang mempersendakan lawan.
Hasilnya, untuk kedua-dua perlawanan itu – Liga Super di Alor Setar dan Piala FA di Kota Bharu – Kedah yang menang, masing- masing dengan keputusan 2-1 dan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti yang harus menebalkan lagi kepercayaan Cheng Hoe bahawa tiada ‘bantuan ghaib’ diperlukan andai pasukan sudah cukup mantap untuk mengharungi cabaran.
Bayangannya harus tidak banyak berbeza dengan final Piala Malaysia, 30 Oktober ini, dengan Kedah sekali lagi akan berdepan Selangor – pasukan yang menundukkan mereka 2-0 dalam final pada 12 Disember tahun lalu.
Jika disorot kebarangkaliannya dan bersandarkan sejarah lalu Piala Malaysia sendiri, Kedah harus akan kecundang sekali lagi.
Sejak 1967, sudah enam kali pasukan yang berdendam, kesudahannya mengalami kekecewaan berganda – lima daripadanya di tangan lawan yang sama.
Pulau Pinang kalah final Piala Malaysia dua tahun berturut-turut kepada Selangor pada 1968 dan 1969 dan ini disusuli giliran Perak yang tewas dalam final dua tahun berturut-turut kepada Selangor pada 1971 dan 1972.
Singapura turut tunduk berturut-turut kepada Selangor dalam final 1975 dan 1976, diikuti pula satu sejarah baru apabila Kedah kecundang tiga tahun berturut-turut kepada Kuala Lumpur dalam saingan kemuncak 1987-89.
Terbaharu, Pahang yang tewas final 1994 kepada Singapura, turut kecewa tahun berikutnya dengan kekalahan kepada Selangor pula.
Ringkasnya, rekod lebih memihak kepada pasukan juara bertahan daripada meluangkan peluang kedua buat pasukan yang bergelar naib juara pada musim sebelumnya (lihat carta di bawah).
Namun, sejarah juga ada pengecualiannya.
Hanya tiga pasukan – Selangor, Singapura dan Pahang – yang berjaya melampiaskan dendam apabila melakukan perhitungan dengan lawan sama yang semusim sebelumnya menundukkan mereka.
Tewas kepada Selangor 0-2 dalam final 1979, Singapura bangkit menebusnya dengan mengalahkan Selangor 2-1 pada 1980.
Apa yang uniknya, Selangor tidak menanti lama untuk memulangkan kekecewaan, apabila dalam final 1981, Merah Kuning menewaskan Singapura 4-0.
Pada 1983, Selangor tewas 2-3 dalam masa tambahan untuk Pahang bergelar juara buat kali pertama. Tahun berikutnya, Selangor menebusnya dengan kemenangan 3-1.
Sejarah Piala Malaysia juga akan menunjukkan Selangor adalah ‘raja’ dalam menjuarai Piala Malaysia secara berturut-turut – mereka melakukannya sebanyak enam kali pada 1968-69, 1971-73 (hatrik), 1975-76, 1978-79, 1981-82, 1995-97 (hatrik).
Dengan rekod sedemikian, soalan harus kembali ditanya kepada Cheng Hoe apakah dia masih tidak percaya Kedah perlu mandi bunga untuk kali ini?
Kita boleh sama-sama membayangkan tawa kecilnya – seperti yang pernah terakam sekitar awal Mac lalu.
REKOD PERLAWANAN ULANGAN FINAL PIALA MALAYSIA
Tahun Juara Skor Naib Juara
1968 Selangor 8-1 Pulau Pinang
1969 Selangor 1-0 Pulau Pinang
1971 Selangor 3-1 Perak
1972 Selangor 3-1 Perak
1975 Selangor 1-0 Singapura
1976 Selangor 3-0 Singapura
1978 Selangor 4-2 Singapura
1979 Selangor 2-0 Singapura
1980 Singapura 2-1 Selangor
1981 Selangor 4-0 Singapura
1983 Pahang 3-2 Selangor
1984 Selangor 3-1 Pahang
1987 K Lumpur 1-0 Kedah
1988 K Lumpur 3-0 Kedah
1989 K Lumpur 2-1 Kedah
1994 Singapura 4-0 Pahang
1995 Selangor 1-0 Pahang