" Harimau Malaya, kami selalu ada, walau di mana berada, kami di sini, terus menjadi, ekor harimau sejati..."
Bait-bait lagu ini berkumandang sehingga kosong kawasan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) sepi tanpa kelibat pasukan negara termasuk pegawai pasukan. Paling akhir meninggalkan SNBJ ialah kelompok Ultras Malaya yang menjadi penghuni tetap satu sudut kawasan bucu galeri penonton.
Apapun, malam gemilang di Bukit Jalil bukanlah semudah disangka, terutama keperitan yang dilalui kem negara dengan tekanan tinggi. Thailand yang dicanang sebagai peneraju sensasi kumpulan G, awal-awal lagi sudahpun meletakkan sasaran 3 mata di Kuala Lumpur.
Malah, sejuta ringgit telah pun dijanjikan sebagai habuan jika mampu menewaskan Malaysia! Bagi sesetengah pemain, ia melambangkan betapa skuad Gajah Perang takutkan sang Harimau sehingga sanggup menggadaikan wang sebesar itu nilainya.
Ia sedikit mencetus semangat yang tidak terbayang di fikiran yang mampu menjulang Malaysia memencilkan gajah nun jauh di tengah lautan yang dibalut ego tinggi menjulang.
Sesiapa yang berada di SNBJ mahupun di rumah menonton siaran langsung menerusi Astro Arena, mula dapat merasakan kesukaran yang bakal dilalui sebaik Chanatip Sonkrasin meledak gol seawal minit ketujuh.
Apatah lagi ketika itu anak buah Tan Cheng Hoe masih lagi cuba menyusun strategi dengan kesebelasan sedikit asing.
Tetapi gema di SNBJ yang tidak pernah sunyi terutama sorakan Ultras Malaya meningkatkan tempo permainan dan hasilnya Brendan Gan menemui gol penyamaan. Itu gol pertamanya buat Malaysia bukan saja dalam kempen kelayakan ini, tetapi dalam semua perlawanannya buat Harimau Malaya.
Selepas itu malam di Bukit Jalil, Malaysia yang punya! Thailand tergamam dengan penampilan penuh memukau sang harimau perkasa. Taring terus dihunus membelah dan merobek Gajah Perang menerusi gol kemenangan ledakan si tangkas, Mohamadu Sumareh.
SNBJ seolah meletup dan bergoncang sebaik pengadil perlawanan, Ali Sabah Al Qaysi dari Iraq meniupkan semboyan penamat untuk Harimau Malaya merobek ego Thailand dengan kemenangan 2 - 1.
Keenakkan kemenangan ini ibarat - Harimau nikmati tomyam RM1 juta.