Harimau Malaya dihasratkan ke perlawanan akhir Piala Airmarine, rupa-rupanya hanya layak ke perlawanan terakhir.
Berbaki perlawanan penentuan tempat ketiga dengan Afghanistan, Sabtu ini, kejohanan jemputan empat negara yang dianjurkan julung kalinya ini sedang meniti landasan untuk dikenang sebagai sesuatu yang tidak menjadi dan tersasar daripada matlamatnya.
Lebih buruk lagi, terkecuali sebarang keputusan dengan Afghanistan – harap-harap tidak kalahlah – ia seolah-olah kini menghakis kebolehpercayaan ramai terhadap barisan senior negara yang mungkin mengambil masa yang lama untuk kembali.
Berselang hanya empat bulan daripada perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF menentang Myanmar pada 24 November 2018 ketika suasananya gegak gempita di Stadium Nasional, Bukit Jalil, keadaannya jauh berlawanan di venue sama malam tadi, didorong oleh boikot yang dilancarkan ‘ekor Harimau Malaya’.
.jpg)
Bolehlah diterima dua kejohanan berkenaan sangat berbeza daripada segi prestij dan kepentingan sebagai alasan tapi dapatkah diterima jumlah penonton boleh merosot daripada 90,000 orang ketika itu kepada hanya 3,341 orang seperti dilaporkan Bernama malam tadi.
Nazri Nasir dan barisan Singapura kendaliannya harus turut terkejut, namun mengalu-alukannya kerana mereka seolah-olah beraksi menentang Malaysia dalam kejohanan jemputan yang dianjurkan Malaysia, di gelanggang berkecuali.
Barangkali ia tidak tersilap daripada segi strategi untuk menaikkan ranking skuad negara dengan memadankan Malaysia (167) dengan Singapura (165) dengan jangkaan Oman (90) tidak akan bermasalah mengalahkan Afghanistan (147).
Juga dengan jangkaan Harimau Malaya berkelebihan di gelanggang sendiri ke atas Singapura, skuad negara harus mencongak untuk meletakkan dua buah bas di hadapan pintu gol sendiri apabila melakukan perhitungan dengan Oman dalam final.
Bermatlamat menaikkan sekadar sedikit ranking Malaysia daripada tangga ke-35 Asia ke kelompok 34 terbaik demi mengelakkan play-off kelayakan Piala Dunia, di atas kertas ia harus mencukupi.
Sayang sekali, ‘harapan setinggi gunung hancur menjadi debu’ apabila ditundukkan Singapura 1-0 – yang jika rata-rata disimpulkan daripada komen netizen di media sosial – gara-gara segalanya serba tak kena daripada kesombongan penganjur, perancangan jurulatih, Tan Cheng Hoe, pemilihan pemain, kesebelasan utama yang ditampilkan, penggantian pemain hinggalah kepada kurangnya keinginan jika dibandingkan lawan.
Kalaupun tidak keseluruhannya, sebahagiannya harus boleh dipersalahkan kepada penganjur dalam penetapan harga tiket yang dianggap penyokong setia atau ‘ekor Harimau Malaya’ sebagai bukan saja tidak menghormati serta tidak berterima kasih kepada mereka, malah mahu mengeksploitasi penyokong untuk mengaut keuntungan.
Dibandingkan dengan Piala AFF tahun lalu apabila tiket berharga RM30 dan RM20 (RM50 dan RM40 untuk final pertama), tiket bagi menonton perlawanan Piala Airmarine pula berharga RM45 dan RM35.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempertahankan harga tiket berkenaan sebagai berbaloi untuk dua perlawanan – terfikirkah mereka siapa yang mahu berada di stadium dari jam 4.00 petang hingga 11.00 malam? – sambil rayuan turut dibuat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd Radzak, agar Ultras Malaya dan ekor Harimau Malaya hadir beramai-ramai mengiringi perjuangan pasukan.
Hanya 3,341 orang – ya, anda tidak tersilap baca angka ini – yang menyahut seruan berkenaan.
Persembahan Harimau Malaya malam tadi dengan aksi pemain yang kerap terjatuh – permukaan padang seolah-olah diselaputi salji di tengah-tengah gelombang haba yang menyelubungi negara ketika ini – harus tidak meyakinkan sekumpulan 3,000 orang itu untuk kembali Sabtu ini, apatah lagi 87,000 lagi yang mensyukuri penjimatan mereka semalam.
Andai diakui sokongan bersemangat dan gamat adalah penting buat kejayaan pasukan, maka hasrat penyokong haruslah dianggap penting juga.
Dalam pada itu, kehadiran sekitar 3,000 penonton itu mungkin turut menjadi kayu ukur tahap keyakinan ramai terhadap kemampuan pasukan ketika ini.