Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Rencana

Harimau Betina mengaum ke pentas dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

270117-intan-nor-saina.jpg
“Maafkan saya kerana tak sempat turun menyaksikan perlawanan untuk sokong hoki wanita”, kata Intan Nor Saina.

“Tak mengapa. Doa dari jauh pun sudah cukup”, tutur kapten Siti Nur Amarina Ruhani.
 
Kali pertama memulakan perbualan bersama kapten Siti, seolah-olah satu studio di Astro Arena ini diselubungi aura yang sukar saya gambarkan dengan kata-kata.  Mungkin kejayaan yang baru mereka lakar sehari sebelum, dibawa terus ke studio untuk dipamerkan secara langsung di kaca televisyen.
 
Ketika saya diberitahu akan menemubual tetamu dari wakil skuad hoki wanita negara, saya tidak fikir atau berkira-kira siapapun yang akan hadir.Kerana bagi saya mereka semua adalah perkasa.
 
Di samping Siti, seorang lagi pemain hebat yang bersama menjadi tetamu ialah Hanis Nadiah Onn yang dinobatkan Pemain Muda Terbaik Kejohanan.
 
Sejarah terlakar, skuad hoki wanita kebangsaan mencatat rekod mara ke saingan Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia setelah meletakkan kedudukan pasukan di tangga kedua di bawah Ireland dalam Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia.
 
Melalui 6 perlawanan, mereka hanya tewas kepada Ireland , dua kali iaitu di peringkat kumpulan , seterusnya di pentas final. 

Bertemu Kazakhstan dan Hong Kong dalam saingan kumpulan B, mereka cukup mantap mencatat kemenangan besar. Begitu juga pertembungan suku akhir menentang Thailand apabila menang 3-0. Bertemu Itali di separuh akhir, mereka berjuang bermatian-matian sehingga ke penentuan pukulan penalti dan akhirnya mara ke final.
 
“Jika boleh dizahirkan perasaan ketika itu, mungkin bermacam-macam laungan dapat didengari. Segalanya ada. Tertekan,gerun,penat, panik dan banyak lagilah!” kata Siti menggambarkan perasaan pada saat genting bertemu Itali tempoh hari.
 
Namun semangat sepasukan menjadi kunci utama kekuatan mereka,lantas jaringan Fatin Shakira Mohd Shukri, dan ketangkasan penjaga gol, Farah Ayuni, menyelamatkan pintu gawang menobatkan kemenangan buat Speedy Tigress di saingan separuh akhir.
 
Ditanya tentang jurulatih Muhammad Dharma Raj Abdullah, mereka mengucap syukur kerana dianugerahkan seorang jurulatih yang bukan sahaja cukup memahami mereka namun sentiasa tenang dan bijak memilih ruang untuk memberi semangat kepada mereka terutama sekali dalam keadaan yg cukup kritikal.
 
“Beliau bukan sahaja bertindak sebagai jurulatih, namun beliau ada lah seperti bapa kami sendiri.Selain respek , kami juga menyayangi beliau.” kata Hanis ketika diminta pendapat tentang Dharma Raj.
 
Dharma Raj juga telah merencanakan kejayaan ini sejak Januari tahun lalu dan sejak itu, mereka giat berlatih bersungguh-sungguh.
 
Sempat juga saya mengusik mereka kenapa nampak gugup apabila menentang Ireland?
 
Siti menjawab “Kerana kami tahu bahawa mereka adalah pasukan yang kuat. Sebelum saingan bermula pun, kami menjalani perlawanan persahabatan dengan Ireland.Dan dari situ kami tahu Ireland sebuah pasukan berbahaya. Dan sejurus selepas diberitahu kami diundi satu kumpulan dengan Ireland, kami tahu perjalanan kami akan menjadi amat sukar”.
 
Jadi dalam persiapan skuad hoki wanita ke kejohanan lebih besar dengan siri jelajah ke luar negara, diharapkan mereka juga akan bersiap sedia dengan latihan mental, agar mereka tidak akan mudah gerun dengan siapapun lawan mereka nanti. 

Samada ada ke Belgium atau Afrika Selatan untuk Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia, saya mewakili rakyat Malaysia mendoakan Harimau Betina bisa tawan dunia!
AAuummmmm~~~~

Advertisement

Must Watch Video