Skip to main content

Rencana

Hari Sukan Negara 2016 Lebih Istimewa

hari-sukan-negara-2016_.png
Hari Sukan Negara (HSN) 2016 akan berlangsung pada 8 Oktober di seluruh negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan merasmikannya di Dataran Putrajaya.

Selain itu, para atlet negara antaranya atlet ke Sukan Olimpik dan Paralimpik di Brazil baru-baru ini akan bersama para peminat, dan lebih istimewa apabila peminat diberi peluang untuk bersukan bersama mereka.

HSN merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk menerapkan amalan gaya hidup cergas dan aktif di kalangan masyarakat, selain ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara bersukan’.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin gembira dengan persediaan untuk acara sukan terbesar negara yang menyasarkan penyertaan HSN 2016, di seluruh negara seramai tujuh juta orang.

Pelbagai acara disediakan untuk rakyat bersukan beramai-ramai, disamping menerapkan unsur-unsur murni melalui sukan dan semangat perpaduan.

Individu, kelab sukan, pihak awam dan swasta serta organisasi lain di serata negara, memberikan sokongan dengan cara melibatkan diri atau menganjurkan aktiviti berkaitan dengan sukan.

Astro Arena turut meraikan inisiatif positif ini dengan mewar-warkan HSN melalui temubual khas bersama Khairy Jamaluddin dan program-program istimewa, serta info terkini melalui media sosial.

HSN sudah pasti akan terus memberi impak positif kepada rakyat Malaysia supaya terus aktif untuk kesihatan dan gaya hidup yang lebih baik.

Selain itu sukan membentuk karakter diri rakyat dalam membentuk Malaysia yang lebih maju.

Advertisement

Must Watch Video