Euro 2016 edisi kali ini tidak kurang kejutan nya sejak pertandingan ini bermula. Kekuatan Wales, jaringan minit akhir perlawanan dan juga penyingkiran juara bertahan, Sepanyol adalah antara yang menjadi topik perbualan hangat.
Namun, berita yang paling mengejutkan ramai adalah kekalahan pasukan Three Lions, England kepada negara kecil Iceland di kelompok 16 terbaik. Iceland boleh dikatakan pasukan yang paling mengejutkan ramai pada edisi kali ini. Selepas berjaya melepasi peringkat kumpulan dengan kedudukan lebih tinggi dari Portugal, kisah fantasi Iceland diteruskan apabila mengalahkan England dan layak ke pusingan suku akhir.
Wayne Rooney, kapten pasukan England menyatakan dia tidak akan mengikut jejak langkah Lionel Messi yang bersara selepas Argentina tewas di Copa America namun pengurus Roy Hodgson sudah meletakkan jawatan sebaik sahaja gagal di Euro 2016.
England merupakan salah sebuah pasukan yang dijangka layak sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir atau separuh akhir, namun banyak faktor yang boleh dikaji kenapa mereka tewas awal di Euro 2016.
Salah satu daripadanya adalah jadual padat pemain yang bermain di Liga Perdana Inggeris(BPL) pada musim lalu.
Berbeza dengan liga lain, liga di England tidak mempunyai rehat dipertengahan musim. Malah Disember dan Januari merupakan bulan yang paling banyak untuk mereka mengharungi perlawanan.
Sebagai contoh, penjaring terbanyak Liga Inggeris, Harry Kane telah bermain 64 perlawanan sepanjang musim2015/2016 dan ternyata pemain Tottenham Hotspur itu gagal menyerlah di peringkat antarabangsa akibat keletihan. Begitu juga rakan sepasukan Dele Alli, Eric Dier dan Kyle Walker.
Gagal menggunakan sepenuhnya pemain yang ada juga antara kritikan yang diberi kepada Hodgson. England menunjukkan sifat berani dengan menyenaraikan sekurang-kurangnya lima penyerang dalam skuad mereka kali ini. Kapten Rooney, Harry Kane, Jamie Vardy, Daniel Sturridge dan Marcus Rashford di bawa ke Perancis untuk menguatkan serangan.
Mereka juga dibantu dengan Raheem Sterling, Adam Lallana, Jack Wilshere and Eric Dier di bahagian tengah. Namun, sepanjang Euro kali ini, mereka hanya menjaringkan tiga gol sepanjang pertandingan. Hanya Germany sahaja yang melakukan cubaan ke pintu gol lebih banyak dari mereka, dan ternyata England tampak gagal menyudahkan segala peluang yang terhidang.
Satu lagi faktor kegagalan England adalah kerapuhan dibahagian pertahanan. Sebelum Euro 2016 bermula, sudah ramai mengatakan pertahanan England adalah lemah dan tidak cukup kuat untuk menyekat serangan dari gergasi Eropah yang lain.
Ketidakserasian di bahagian tengah, Chris Smalling dan Gary Cahill gagal untuk bersaing dengan kekuatan fizikal penyerang penyerang seperti Robson Kanu, Gareth Bale, Ragnar Sigurdsson and Kolbeinn Sigthorsson.
Kegagalan penjaga gol Manchester City, Joe Hart juga memberi sumbangan kepada kekalahan England, terutamanya pada perlawanan menentang Wales dan Iceland.
Walaupun menang keatas Wales, Joe Hart dikatakan sepatutnya dapat menangkap sepakan percuma Gareth Bale.Dengan status beliau sebagai salah satu penjaga gol terbaik dunia, beliau juga gagal bertindak cemerlang sewaktu menentang Iceland dan agak mudah ditewaskan untuk gol kedua Iceland dari Sigthorsson.
Joe Hart mungkin sedikit goyah sebelum Euro 2016 apabila dia dijangkakan tidak akan bermain di Euro 2016 kerana kecemerlangan yang ditunjukkan oleh Jack Butland. Namun kecederaan Butland memberi ruang kepada Hart beraksi tapi jelas, dia gagal menggunakan peluang itu sepenuhnya.
Taktik Hodgson juga dikritik sepanjang Euro 2016.Meletakkan Kane bertugas di sepakan sudut, mengeluarkan Rooney sewaktu sedang mengejar perlawanan dan meletakkan Sterling di barisan utama berbanding Vardy danSturridge, ternyata percaturan Hodgson gagal dan mengecewakan peminat-peminat England.
Kekalahan kepada Iceland telah dilabelkan sebagai salah satu kekalahan yang memalukan dalam sejarah pasukan bola sepak England.
Setelah Hodgson berhenti dari menjadi pengurus pasukan, siapakah yang layak untuk mengemudi England yang sudah 50 tahun tidak memenangi sebarang trofi berprestij?