Tahniah kepada penerjun negara, Pandelela Rinong-Leong Mun Yee apabila raih pingat perak 10m platform terjun seirama Kejohanan Dunia 2019 sekali gus layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Jutaan ucapan tahniah diterima kedua-dua penerjun itu daripada rakyat Malaysia yang meraikan kejayaan layak ke Tokyo selepas pelayar dan pemanah.
Cuma, sebelum melangkah jauh, perlu diingatkan tiket yang mereka perolehi milik negara.
Jadi Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) menerusi keputusan barisan kejurulatihan kebangsaan, boleh menentukan penerjun mana akan mengisi slot itu ke Tokyo.
Saya masih ingat bagaimana Ahmad Amsyar Azman beraksi dalam Olimpik Rio 2016 dalam acara 3m individu papan anjal walaupun tiket kelayakan milik Ooi Tze Liang.
Dalam hal ini, wujud persoalan adakah Pandelela-Mun Yee juga akan mengalami nasib sama jika mereka beraksi lebih daripada satu acara di Tokyo?
Tumpuan kepada Mun Yee kerana dia berpeluang cipta rekod atlet Malaysia paling banyak menyertai temasya Olimpik iaitu lima kali.
Setakat ini, dia berkongsi pencapaian empat penampilan Olimpik bersama bekas jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei, dan Dr. Kevin Lim (pelayaran).
Mun Yee sudah banyak berkorban demi menyertai Olimpik terakhirnya.
Namun, adakah pengorbanan ini sama penting dengan misi raih emas sulung Olimpik kerana 10m platform terjun seirama peluang terbaik Malaysia raih pingat Kejohanan Dunia dan Olimpik.
Terserah kepada anda, barisan jurulatih dan pegawai Asum.
Untuk rekod, Malaysia memiliki tiga lagi penerjun yang mampu beraksi dalam acara itu, iaitu Cheong Jun Hoong, Nur Dhabitah Sabri dan Kimberly Bong.
Jun Hoong dan Kimberly cedera, sementara Dhabitah lebih fokus acara 3m papan anjal.
Pandangan saya? Mun Yee patut diberi penghormatan atas jasanya kepada negara.