Malaysia masih menunggu siapakah atlet terbaru yang akan layak ke Sukan Olimpik Rio 2016.
Selepas Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) bulan lalu mengumumkan Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif terpilih ke Rio, momentom itu terhenti seketika.
Beberapa sukan lain masih berpeluang seperti badminton, angkat berat, memanah, golf, renang terbuka dan olahraga.
Namun, mengikuti perancangan, angkat berat mungkin akan jadi tumpuan selepas ini.
Enam atlet diketuai pemenang pingat emas Sukan Komanwel, Mohd Hafifi Mansor sedang berusaha mendapatkan satu tiket kuota negara ke Rio menerusi Kejohanan Kelayakan Asia di Uzbekistan.
Pencapaian mereka akan digabungkan untuk mengumpul mata menentukan kedudukan Malaysia dengan peluang cerah untuk menyertai kelompok enam negara terbaik.
Tetapi, sumber dalaman sukan itu menghadirkan berita gembira.
"Malaysia pasti dapat satu tiket ke Rio...pasti. Tidak kira apapun keputusan di Uzbekistan," kata beliau.
Ini sesuatu yang pelik kerana Malaysia menang sebelum bertanding.
Lebih pelik kerana membabitkan tiket Olimpik.
Saya sempat bertanya kepada Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ong Poh Eng:
"Adakah kerana komitmen Malaysia yang kerap menghantar atlet menyertai kejohanan antarabangsa?"
"Adakah kerana kedudukan anda sebagai Naib Presiden Persekutuan Angkat Berat Dunia?"
"Adakah kerana kesediaan Malaysia menganjurkan Kejohanan Remaja Dunia dan Negara Komanwel 2016?
Malah kita juga akan turut menganjurkan Kejohanan Dunia tahun depan?"
Itu antara persoalan yang saya lontarkan kepada Poh Eng.
Jika segala perancangan ini benar, maka saya fikir Hafifi lebih layak mendapat tiket tunggal itu ke Rio.
Tetapi, ini cuma spekulasi dan adalah lebih baik jika Malaysia mendapatkan tiket itu dengan membuktikan kejaguhan di Uzbekistan.
Bukankah Olimpik hanya untuk atlit terbaik dunia?