Skip to main content

Rencana

Hadiah Pogba buat United, Antonio

pogba.jpg
Keputusan seri menentang West Ham United di laman sendiri adalah 'hadiah' terindah dari Paul Pogba di kala Manchester United sedang mengejar kedudukan empat teratas liga.

Jika insiden mengangkat tangan bagi menahan bola mengenai muka itu tidak berlaku, United mungkin sudah boleh mengesahkan kedudukan empat teratas liga tanpa perlu menunggu perlawanan terakhir liga menentang Leicester City.

Kesilapan ala pemain amatur itu turut ditempelak bekas pemain United, Roy Keane dan Gary Neville yang merasakan kesilapan mudah seperti itu tidak harus terjadi kepada pemain profesional. Kesilapan-kesilapan mudah individu kerap berulang seperti yang berlaku kepada David De Gea, Harry Maguire dan kini Paul Pogba. Pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer turut menegaskan pemain-pemain pasukannya harus kembali bangkit dan beliau tidak teragak-agak mengenepikan pemain yang cuai dari kesebelasan utama tanpa memikirkan status mereka. 



Sejurus selepas tamat perlawanan, Pogba secara rasmi memohon maaf atas kesilapannya itu. Bagaimanapun nasi sudah menjadi bubur, United kini perlu menang perlawanan terakhir liga di Stadium King Power. Biarpun pasukan The Foxes juga berada dalam prestasi terumbang-ambing, United juga tidak menang dalam dua perlawanan terakhir mereka dan Dayang merasakan perlawanan ini akan berlangsung 'tegang' kerana kedua-dua pasukan amat terdesak mahu mendapatkan kemenangan.

Kesilapan Paul Pogba itu turut 'menghadiahkan' Michail Antonio sejumlah wang bernilai RM1.36 juta kerana berjaya mencapai sasaran meledakkan 10 gol di saingan Liga Perdana Inggeris. Kebiasaannya, ketua pasukan West Ham United, Mark Noble akan mengambil sepakan penalti, tetapi beliau memberikan laluan kepada Antonio bagi mendapatkan jumlah jaringan 10 gol. Agak-agak berapa bahagian Pogba dapat dari Antonio? hehe Dayang gurau je...




Kini semuanya akan terjawab pada perlawanan terakhir liga dengan kesemua 10 perlawanan akan berlangsung serentak. Adakah Pogba akan kembali menebus kesilapannya dengan menghadiahkan kemenangan buat United? Atau United akan terus dilanda kemelut tewas kerana kesilapan mudah individu seperti dalam dua perlawanan terakhir mereka?

Advertisement

Must Watch Video