Skip to main content

Rencana

Guns N' Roses dan Emas Olimpik Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

070116gunnrosesolympic-jpg.jpg
Nota Kaki:-Penulis meminati Guns N' Roses dan sentiasa bersandar pada kegemilangan sukan Malaysia.

Guns N' Roses ditubuhkan di Los Angeles Amerika Syarikat pada 1985 dan dianggotai antara dua ikon Rock And Roll dunia vokalis Axl Rose dan gitarisnya, Slash.

Malaysia di Olimpik memiliki kebanggaan tidak ternilai dalam sejarah pembangunan sukan menerusi pungutan tiga pingat perak dan tiga gangsa.

Senario yang menawarkan perspektif mengapa emas Olimpik sulung itu terlalu bernilai dan mengapa Guns N' Roses dianggap antara kumpulan ikonik dunia.

Setiap noktah penting dalam sejarah Guns N' Roses secara kebetulan turut menyaksikan Malaysia mencapai kejayaan tertentu di Olimpik.

Bermula dengan Olimpik 1992 Barcelona Sepanyol, Malaysia raih pingat pertama dalam sejarah penampilan di temasya itu ,gangsa menerusi badminton beregu lelaki Datuk Razif dan Datuk Seri Jalani 
Sidek.

Tahun sama yang juga yang menyaksikan Guns N' Roses memiliki entri single terakhir dalam carta menerusi ballad epik mereka November Rain.

1996 menyaksikan berakhirya kolaborasi Axl dan Slash yang turut menyaksikan permulaan berkuburnya barisan ahli yang membentuk era album Appetite For Destruction.

Di Olimpik yang hampir dengan Guns N' Roses, Atlanta Amerika Syarikat, Malaysia bawa pulang dua pingat, juga menerusi badminton, gangsa perseoangan lelaki, Rashid Sidek dan perak pertama hasil beregu lelaki Yap Kim Hock/Cheah Soon Kit.

Kemelut dilalui kumpulan itu mencerminkan kegagalan Malaysia di Olimpik pada dua edisi berikutnya Sydney 2000 dan Athens 2004.

Bagaimanapun 2008 Di Beijing China, Datuk Lee Chong Wei menamatkan kemarau 12 tahun susulan memenangi perak pertamanya di pentas tertinggi sukan temasya dunia.

Guns N' Roses yang masih diterajui Axl peroleh dua pencapaian tersendiri, album sulung Appetite mencapai jualan 18xPlatinum.

Mereka turut menerbitkan album pertama menampilkan kandungan asli sejak Use your Illusion 1&2 pada 1991 menerusi Chinese Democracy.

2012 membangkitan rasa pahit manis apabila Chong Wei sekali lagi tumpas di final Olimpik,di London kesekian kali kepada seterunya Lin Dan

Manakala Axl terus dingin dengan Slash dan mengambil keputusan untuk tidak berada sepentas meskipun mereka dijulang dalam Dewan Kemahsyuran Rock and Roll.

Tidak kira sama ada dalam dunia sukan atau hiburan, ungkapan jangan sesekali menidakkan sesuatu tidak lagi boleh dianggap klise atau kemahuan retorik.

Olimpik Rio 2016 bakal menyaksikan Chong Wei yang berada di penghujung kerjayanya dan kontinjen Malaysia terus bermimpi untuk menghadirkan emas sulung itu.

Pada masa sama 2016 disambut dengan keterujaan perkhabaran Axl dan Slah sudah berdamai malah akan ada Konsert Reunion yang akan menemui peminat seawal April ini.

Mungkin ini hanya omong yang terbit daripada kemungkinan atau secara kebetulan, tetapi tidak mustahil Malaysia berupaya peroleh emas olimpik sulung sambil Guns N' Roses kembali sebagai "The Most Dangerous Band In The World"

Ini antara lirik yang paling lekat dalam menggambarkan Guns N' Roses serta misi Emas Olimpik Malaysia, Paradise City daripada album Appetite yang saya manifestasikan sebagi menjulang kemahuan satu impian.

Take me down,
To the paradise city,
Where the grass is green,
And the girls are pretty,
Oh, won't you please take me home.

Advertisement

Must Watch Video