Banyak perkara berlaku dalam Piala Sultan Azlan Shah 2019.
Bukan soal Malaysia sekali lagi terlepas peluang menjulang trofi berprestij itu tetapi lebih kepada perubahan yang berlaku dalam skuad kebangsaan.
Antara yang menarik tumpuan saya ialah perdebatan ketua jurulatih negara, Roelant Oltmans, dalam sidang media selepas tewas kepada India dan Korea Selatan sekali gus menutup peluang ke final.
Beberapa wartawan senior bertegang leher dengan mendakwa prestasi baik tidak cukup untuk memuaskan hati. Mereka mahukan keputusan.
Tetapi, Oltmans mendakwa Malaysia di landasan tepat untuk menghadapi Final Siri Hoki Dunia selaku kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 -- itu paling penting.
"Mereka bermain cukup baik. Saya puas hati walaupun tewas. Hanya beberapa perkara perlu diperbaiki terutama penyudah.
"Biarlah kita kecewa sekarang daripada kecewa bulan depan (April)," kata Oltmans.
Ada benar juga pendirian Oltmans kerana beliau baru enam bulan membimbing Malaysia. Ditolak dengan Liga Hoki Malaysia, bermakna beliau hanya tiga bulan dapat bersama pemain.
Secara realistik, mana mungkin perubahan drastik boleh dilakukan dalam tempoh tiga bulan tetapi apa yang berlaku ketika ini, bermula dengan pengambilan beberapa pemain muda seperti Azrai Aizad Abu Kamal, Luqman Hakim hingga ke perubahan variasi taktikal -- Malaysia ada peluang ke Olimpik Tokyo.
Perlu diingatkan, beberapa pemain senior juga tidak dibawa ke Ipoh, Perak, seperti kapten, Sukri Mutalib, penjaga gol, S Kumar, pertahanan, Syed Syafiq Syed Cholan dan penyerang, Shahril Saabah.
Jadi, perebutan tempat ke Final Siri Hoki Dunia lebih sengit dan inilah yang dimahukan Oltmans untuk bentuk pasukan lebih mantap.
Saya fikir, tangga ketiga Piala Sultan Azlan Shah dengan menggunakan gabungan pemain senior dan muda satu permulaan baik.
Kita perlukan sedikit penambahbaikan lagi untuk jadi pasukan yang mampu menjuarai kejohanan selepas kali terakhir menaiki podium tertinggi pada Pusingan Kedua Liga Dunia di Singapura.