Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann tidak pernah putus dikecewakan oleh dua pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, dalam misi menjuarai gelaran di peringkat kelab mahupun di pentas antarabangsa.
Sejak aksi final Liga Juara-Juara (UCL) 2015-16 dan Euro 2016, Ronaldo muncul sebagai individu yang paling dibenci oleh Griezmann sehingga menyaksikan penyerang kebangsaan Portugal itu menggondol Anugerah Ballon d'Or dan Pemain Terbaik FIFA.
Nasib yang sama dilalui pemain berusia 26 tahun itu apabila sekadar menamatkan saingan LaLiga di tempat ketiga dan gagal ke final Copa Del Rey (disingkirkan oleh Barcelona) dan UCL (disingkirkan oleh Real Madrid).
Keputusan untuk kekal bersama Atletico tidak memberikan manfaat kepada Griezmann!
Manchester United dilihat sebagai pasukan yang berada di landasan pertama untuk membawa Griezmann ke England selepas mengosongkan nombor tujuh setelah melepaskan Memphis Depay untuk berhijrah ke Lyon.
Apa tidaknya, dia merupakan penjaring terbanyak dalam Euro 2016 dan The Red Devils amat ketandusan sentuhan penyudah apabila sekadar mengharapkan Zlatan Ibrahimovic sepanjang musim ini.
Bagaimanapun, menurut laporan The Mirror, Griezmann telahpun menandatangani kontrak baru untuk kekal bersama Atletico sehingga 2022 tetapi masih terbuka untuk menerima tawaran daripada United.
Pengendali United, Jose Mourinho, sudah mengetepikan Griezmann daripada perancangannya dan dalam usaha untuk mendapatkan penyerang Real Madrid, Alvaro Morata dan penggempur Torino, Andrea Belotti.
Impian Griezmann untuk merangkul kejuaraan dilihat pudar kerana Atletico merupakan antara pasukan yang mampu berdaya saing di pentas tertinggi tetapi sukar untuk mencipta kejayaan dengan hadirnya saingan daripada Real dan Barca -- keputusannya kekal di Sepanyol hanya akan memakan dirinya sendiri.

#Griezmann Signs New #AtleticoMadrid Deal To End #ManUtd Transfer Hopes. #ftb #foottheballhttps://t.co/KdjZvrnrIA pic.twitter.com/lAyHjHYkuI
— FootTheBall⚽ (@FootTheBall) June 14, 2017