Debaran aksi separuh kedua Piala Malaysia kian terasa membabitkan pertemuan PDRM menentang Kedah di Stadium Hang Jebat, Melaka dan T-Team bertemu Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu Sabtu ini.
Keempat-empat pasukan masih berpeluang untuk menempatkan diri di pentas akhir walaupun Kedah dan Selangor berjaya meraih kemenangan 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di laman sendiri tempoh hari.
Ini susulan PDRM dan T-Team yang kini dalam pemburuan ke final buat kali pertama mempunyai gol tempat lawan yang tampak memberi kelebihan psikologi untuk turun berentap pada pertemuan kedua.
Dua pasukan underdog itu hanya memerlukan kemenangan 1-0 untuk menafikan hajat Kedah mahupun Selangor yang mengintai aksi final ulangan tahun lalu.
Atas kertas, Kedah selaku naib juara 2015 menjadi pilihan untuk aksi timbal balik kerana keupayaan untuk beraksi konsisten selain memiliki barisan pemain yang lengkap di setiap posisi dengan jentera serangan paling digeruni.
PDRM pula berkelebihan selaku tuan rumah, namun ia tampak belum mencukupi untuk menampung kekuatan pasukan yang ada ketika beraksi di bawah tahap keupayaan sebenar. Apatah lagi The Cops kini dalam kerisauan susulan berdepan penyingkiran dalam saingan Liga Super.
Bagi pertemuan T-Team dan Selangor pula, ia dilihat perlawanan seimbang tetapi The Titans tampak mampu buat kejutan berdasarkan prestasi meningkat naik beberapa pemain terutama pemain muda kebangsaan Safawi Rasid.
Malah, kelab dari pantai timur ini kembali diperkuatkan beberapa pemain tonggak yang terlepas aksi separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam tempoh hari.
Selangor akan turun dengan status juara bertahan, namun 'semangat' gergasi merah kuning tampak tidak seperti musim lalu yang begitu lebih dambakan kejuaraan untuk melunaskan misi 33 mereka ketika itu.
Maka, tidak hairanlah ramalan Kedah akan berdepan Selangor sama ramai dengan ramalan Kedah menentang T-Team pada edisi final kali ini.
Jadi, penulis menjangkakan pasukan mana yang dapat menjaringkan gol walaupun satu gol akan memenangi perlawanan itu nanti. Sama-sama kita nantikan.