Secara dasarnya, kempen kelab-kelab utama Eropah sudah pun bermula dengan aksi pemanas badan menjadi sajian awal kepada peminat bola sepak Eropah setelah hampir dua bulan berehat.
Persiapan untuk menghadapi musim depan semakin giat dijalankan dalam usaha memantapkan pasukan selain tujuan memperluaskan penjenamaan kelab.
Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), LaLiga, Bundesliga, Serie A dan Ligue 1 memilih negara luar dalam jelajah pra-musim untuk mempromosi serta mendekatkan diri dengan peminat.
Selain itu, ia juga sebagai platform untuk menguji pengurusan dan pemain baru dalam misi menggalas cabaran yang lebih besar.
Antara negara yang terlibat adalah Australia, China, Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan Hong Kong.
Kejohanan pra-musim yang akan mendapat liputan luas adalah Piala Juara-Juara Antarabangsa di tiga negara, Trofi Liga Perdana Asia di Hong Kong dan Piala Emirates.
Paling rancak adalah di AS dengan melibatkan empat liga utama -- lapan kelab gergasi, iaitu AS Roma, Paris Saint-Germain (PSG), Manchester United, Manchester City, Juventus, Tottenham Hotspur, Real Madrid dan Barcelona.
Paling mencuri tumpuan adalah aksi El Clasico yang menemukan Real Madrid dengan Barcelona di Miami, Florida, hujung bulan ini.
Belum pun sempat sepak mula pada 20 Julai ini, Madrid dan United sudahpun bertegang urat berhubung pemilihan lokasi latihan dan hotel penginapan pasukan.
Sebelum bersaing dalam Piala Emirates dengan Benfica, RB Leipzig dan Sevilla, Arsenal terlebih dahulu akan beraksi di Australia bertemu Sydney FC, hari ini, sesudah itu akan mengharungi kempen Piala Juara-Juara Antarabangsa di China pada 19 Julai ini.
Dalam aksi di Guangzhou, Shanghai, Shenzhen dan Nanjing itu nanti, The Gunners akan disertai oleh Bayern Munich, AC Milan dan Inter Milan serta Olympique Lyonnais.
Sementara itu, Piala Juara-Juara Antarabangsa di Singapura pula melibatkan pasukan Bayern, Chelsea dan Inter.
Trofi Liga Perdana Asia pula akan menyambut kehadiran Liverpool yang bakal dicabar oleh Leicester City, West Bromwich Albion dan Crystal Palace, bermula Rabu depan.
Begitupun, Everton memilih destinasi agak berbeza dengan mengatur satu perlawanan di depan 60,000 penyokong di Tanzania.
Buat julung-julung kalinya sebuah kelab EPL akan beraksi di sebelah timur benua Afrika itu susulan menerima penajaan besar daripada sebuah syarikat perjudian, SportPesa.