Sumpahan’ tewas dalam final Liga Juara-Juara UEFA (UCL) kini menyaksikan pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, berada di bawah tekanan hebat.
Laporan di Perancis mendakwa pemain-pemain kelab juara bertahan Ligue 1 itu semakin hilang kepercayaan terhadap pengurus mereka gara-gara rentetan kekalahan sejak tunduk 0-1 kepada Bayern Munich dalam final UCL di Lisbon, 23 Ogos lalu.
Dua lagi kekalahan di permulaan musim baru – kepada Lens 0-1 (11 Sept) dan Marseille 0-1 (14 Sept) – tambah memburukkan lagi keadaan hingga taktik yang diterapkan Tuchel kini dipersendakan oleh pemain-pemainnya sendiri.
Laporan RMC Sport memperincikan bagaimana suasana dalam bilik persalinan selepas kekalahan kepada Marseille dalam perlawanan ‘Le Classique’ itu sangat bergelora hinggakan sudah ada segelintir pemain yang merpersoalkan ke mana hala tuju mereka di bawah pengurusan Tuchel selepas ini.
Mempertikaikan kurangnya kreativiti di bahagian tengah, pemain-pemain kini mempersendakan pengurus berbangsa Jerman itu yang taktiknya dikatakan hanyalah “Berikan bola kepada Ney (Neymar), carilah Ney.”

Tidak ketinggalan, kata laporan itu, ialah persoalan terhadap cara Tuchel memanfaatkan Mauro Icardi, sejak penyerang itu menyertai mereka dengan yuran £52 juta (RM278 juta) daripada Inter Milan awal tahun ini selepas tempoh pinjamannya yang memberangsangkan.
Di sebalik itu, Icardi tidak pun terbabit dalam separuh akhir dan final UCL – sesuatu yang didakwa RMC berpunca daripada hubungan dingin penyerang Argentina itu dengan pengurus berkenaan.
PSG tewas dua perlawanan pembukaannya dalam Ligue 1, rentetan kekalahan yang ditamatkan dengan kemenangan 1-0 ke atas Metz semalam, itu pun menerusi jaringan Julian Draxler selewat minit ke-93 di Parc des Princes.
Tiga mata pertama itu hanya menempatkan PSG di tangga ke-15, enam mata di belakang pendahulu, St-Etienne.
Malah, seawal musim lagi Tuchel sudah berulang kali ditanya mengenai masa depannya di kelab itu disebabkan permulaan buruk pasukannya bagi kempen 2020-21 ini.
“Ia memang selalunya seperti ini. Jika dia (Tuchel) tewas dalam final, dia harus pergi, jika dia tewas kepada Dortmund, dia harus pergi. Jika dia tewas ini, jika tewas itu… ia selalunya seperti itu.
“Ia bukan pun perkara baru, malah ia satu sukan di sini. Anda yang lakukan ini, bukan saya. Saya tidak membaca apa yang ditulis mengenai masa depan saya, (sebaliknya) saya kekal tenang,”
katanya seperti dipetik RMC Sport.
Mujurlah PSG menang ke atas Metz kerana Tuchel akur kekalahan akan perlu dibayar dengan harga yang mahal, termasuk buat dirinya sendiri.
“Ini adalah realitinya. Ya, kami sedang dalam krisis (daripada segi keputusan). Kami tidak biasa mengalami tiga kekalahan berturut-turut tapi adalah penting untuk melihat konteksnya dan menganalisis fakta-faktanya,” katanya lagi.
Apa pun, Tuchel harus mengelakkan jenaka pemain-pemain ke atasnya daripada menular kepada penyokong Les Parisiens kerana jika itu berlaku, padahnya harus amat buruk.
Tidak cukup dengan hanya Kylian Mbappe dan Icardi disahkan positif COVID-19, pengurus itu tidak pun perlu diingatkan apa yang akan menantinya.