Sepanjang kira-kira tiga minggu lalu apabila Lionel Messi mendominasi tumpuan, Cristiano Ronaldo memilih waktu untuk menyerlahkan dirinya. Dan apabila detik itu tiba, tiada keraguan siapa yang menjadi buah mulut ramai.
Berbanding Messi yang memilih pentas berbeza untuk menyuarakan keinginan meninggalkan Barcelona, Ronaldo pula memanfaatkan padang untuk menonjolkan apa yang lebih penting baginya – menjaringkan gol dan memenangi perlawanan.
Pada usia 35 tahun, tiada petanda bintang Portugal akan memperlahankan langkahnya dalam pemburuan rekod penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa, jauh meninggalkan pesaingnya itu.
Seakan-akan sudah lazim dengan Ronaldo, dia bukan sekadar mahu mencapai rekod itu dengan gol-gol mudah, sebaliknya dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan.
Maka, seperti dirumuskan espn.com, ia harus bertepatan untuk dia tampil selaku hanya pemain lelaki kedua meledak 100 gol untuk skuad kebangsaannya dengan sepakan percuma menakjubkan ketika menundukkan Sweden 2-0 dalam Liga Negara-Negara, awal pagi tadi.
Dia menyusulinya dengan satu gol lagi untuk meningkatkan jumlah jaringannya kepada 101, ketinggalan hanya lapan gol di belakang rekod 109 gol milik penyerang Iran, Ali Daei.

Penyerang itu yang akan genap berusia 36 tahun pada 5 Februari depan memberi gambaran berdasarkan prestasinya dalam perlawanan di Stockholm itu bahawa masih banyak yang mampu ditawarkannya.
Dengan gol ke-101 dan 102 daripadanya untuk Portugal awal pagi tadi, dia hanya menanti masa untuk mengatasi rekod Daei itu kerana pesaing terdekatnya yang masih aktif, Sunil Chhetri (India) dengan 72 gol sudah pun berusia 36 tahun, disusuli Lionel Messi (70), Robert Lewandowski (61) dan Neymar (61) yang agak jauh tertinggal.
Satu-satunya pemain Asia yang masih tergolong dalam kelompok itu ialah Ali Mabkhout (63), penjaring dua gol Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika mengalahkan Harimau Malaya 2-1 dalam kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Stadium Bukit Jalil pada 10 September tahun lalu.
Ketika berdepan Sweden, kepantasan dan kesungguhan Ronaldo masih terserlah, yang bertepatan sekali memberikannya ganjaran dua jaringan – yang pertama sepakan percuma dari jarak 25 ela selepas 45 minit dan yang kedua, penyudahan kemas pada minit ke-73.
Dalam pada itu, Ronaldo sebenarnya sentiasa menampilkan keupayaan melampaui usianya.
Dia menyumbat 52 gol dalam 118 penampilan untuk Portugal sebelum mencecah usia 30 tahun – purata 0.44 gol setiap perlawanan.
Selepas usia 30 tahun, dia menyudahkan 49 gol dalam 47 perlawanan – purata 1.04 gol setiap perlawanan.
Sambil Messi gagal mengulangi kecemerlangan bersama Barcelona ketika menyarung jersi Argentina, Ronaldo memiliki kesinambungan daripada meraih gelaran di peringkat kelab bersama Manchester United, Real Madrid dan Juventus dengan menjulang trofi Euro dan Liga Negara-Negara ketika mengetuai Portugal.
Di sinilah, kedua-duanya berbeza.