Wow, bisik hati saya selepas menyaksikan skuad floorball wanita negara memastikan gangsa Sukan Sea 2019 menjadi milik mereka dalam situasi penuh dramatik.
Selepas 60 minit masa sebenar, skuad negara dipaksa mengerah keringat untuk 10 minit lagi aksi dalam masa tambahan “Sudden Death”.
Bayangkan anda dalam kalangan penyokong pada ketika masa tambahan hanya berbaki 4 minit, satu hayunan menerjah gawang lawan dan kemenangan milik Malaysia.
Euforia pada saya yang kekal eksklusif kepada dunia sukan.
Hanya selepas kemenangan ini baru saya tahu betapa sukar perjalanan skuad floorball wanita dan juga lelaki untuk beraksi di temasya ini.
Selaku sukan di bawah klasifikasi Kategori B mereka perlu mengeluarkan dana sendiri terlebih dahulu dan hanya dibayar kembali jumlah perbelanjaan tertentu mengikut warna pingat.
Hati saya tersentak apabila jurulatih skuad wanita Rizal Mohd Razman berkongsi perih skuad negara yang mengumpul hampir 150 ribu ringgit hanya untuk memiliki peluang mewakili Malaysia.
Di sebalik pengorbanan luar gelanggang, pastinya sumbangan pingat buat Malaysia itu pulangan yang jauh lebih berharga buat pemain-pemain floorball negara ini.
Ini merupakan pengembaraan kelima saya di temasya Sukan SEA sejak Indonesia 2011 dan floorball tampil di pertandingkan di Myanmar 2013 dan Singapura 2015.
Takdir akhirnya membawakan peluang untuk saya mendekatkan diri dengan sukan floorball di Filipina 2019.
Mungkin ini petanda untuk saya membawakan lebih banyak perkembangan daripada kalangan sukan yang terpinggir daripada tumpuan sukan perdana.
Tetapi apa yang pasti, floorball anda memiliki tambahan seorang lagi penyokong.
“Floorball Malaysia, aku cinta padamu."