Dua pasukan terbaik Liga Hoki Malaysia 2018 akan bertembung di final.
Ramai memilih Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) untuk menjulang Piala TNB berdasarkan prestasi liga dan rekod cemerlang sebagai juara empat kali (tidak termasuk dikenali Ernst & Young).
Namun, saya fikir Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) lebih dahagakan kejuaraan.
Sejak ditubuhkan pada 2009, The Young Guns tidak pernah menjulang sebarang trofi sama ada Piala Sumbangsih, liga, Tan Sri P Alagendra atau TNB.
Musim ini, UNIKL lebih serius. Mereka mendapatkan pemain import berkualiti seperti Jeroen Dolf Hertzberger (Belanda) dan Glenn Stewarts Tunner (Australia) yang berada dalam kelompok empat teratas senarai pendahulu penjaring terbanyak LHM.
Saya pernah menulis mengenai ancaman UNIKL terhadap KLHC dan Terengganu Hockey Team sebelum LHM 2018 bermula.
"Ini peluang terbaik kami. Saya gembira apabila momentum pasukan meningkat mendadak pada pertengahan liga.
"Selepas berjaya menyaingi KLHC dan THT dalam liga, saya fikir kami tidak jauh dibelakang mereka. Kami perlu guna peluang keemasan ini sebaik mungkin," kata Hertzberger.
Pujian juga wajar diberikan kepada pihak pengurusan UNIKL.
Walaupun pegawainya silih berganti sejak 2009, namun matlamat mereka tetap sama.
Terbaru, UNIKL sedang menunggu gelanggang rasmi mereka di Bangi untuk disiapkan, bulan depan.
Walaupun tidak sempat digunakan musim ini, namun ia bukti bahawa UNIKL benar-benar serius untuk memiliki 'club house' sendiri, konsep yang biasa digunakan kelab hoki Eropah.
Saya bukan bersikap berat sebelah, tidak memilih UNIKL sebagai pilihan untuk muncul juara.
KLHC pasukan gergasi dan mereka mampu menamatkan penantian sejak 2015. Cuma, saya fikir UNIKL lebih dahaga.
Semoga pasukan terbaik menjulang Piala TNB 2018.