Final Liga Juara-Juara, Kesatuan Bolasepak Eropah (UCL) beberapa jam lagi – sepak mula 2.45 pagi Ahad waktu tempatan – menampilkan juara bertahan, Real Madrid, yang akan memburu impian menjadi pasukan pertama mempertahankan kejuaraan dengan mengatasi Juventus di Stadium Nasional Wales (juga dikenali sebagai Stadium Millenium) di Cardiff.
Menjelang sepak mula perlawanan kemuncak ini, Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengeluarkan panduan sekilas pandang buat penonton menerusi laman webnya, http://www.uefa.com, sebagaimana berikut:
Apa yang boleh dijangkakan?
Pertahanan mampat Juventus berdepan serangan bertali arus Real Madrid. Itu gambaran kasarnya tapi tiada sesiapa yang dapat mempertikaikan statistik – ini adalah kemuncak satu kejohanan elit Eropah yang meperadukan barisan pertahan paling ampuh dengan barisan serangan paling prolifik.
Apapun yang akan menjadi tontonan, ini adalah detik kemuncak yang sarat dengan prestij – dua kumpulan bangsawan (atau lebih tepat lagi, jutawan) bola sepak yang saling berebutkan satu mahkota.
Apa yang harus anda tumpukan?
Di manakah harus bermula? Yang bakal tampil adalah barisan superstar terkini bola sepak pelbagai kerakyatan, tapi harus tiada yang lebih besar daripada Cristiano Ronaldo.
Superstar berusia 32 tahun ini sedang menyasarkan gelaran juara Liga Juara-Juara buat kali keempat – yang ketiga dalam tempoh empat musim – dan cuma memerlukan satu gol untuk menyamai Lionel Messi untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan ini untuk musim kelima berturut-turut.
Untuk melakukan itu, dia perlulah mencari jalan untuk melepasi Gianluigi Buffon.
Penjaga gol veteran Juventus dan Itali itu sedang mengintai peluang untuk menjulang trofi juara UCL buat julung-julung kalinya.
Jika berjaya melakukannya, pada usia 39 tahun, Buffon akan mengatasi rakan senegara, Paolo Maldini, selaku pemenang tertua trofi itu.
Jam berapakah sepak mula?
Sepak mula ialah 19:45 malam Sabtu (Cardiff), 11:45 Los Angeles, 14:45 New York, 15:45 Sao Paulo, 00:15 New Dehli, 02:45 Kuala Lumpur, 04:45 Sydney.
Adakah pemenang diputuskan pada malam yang sama?
Ya. Jika kedudukan terikat selepas tamat 90 minit, perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan selama 30 minit. Jika masih terikat, ia akan diputuskan mnerusi sepakan penalti.
Pada musim panas akan datang, UEFA akan menguji penggiliran sepakan penalti yang baru, tapi untuk malam ini, penggiliran tradisional akan diamalkan – didahului lambungan syiling untuk menentukan pasukan mana yang mengambil sepakan penalti dahulu dan seterusnya hingga pemenang diputuskan.
Apakah yang menjadi rebutan?
Sebuah trofi yang disiapkan pada 1967 yang dikenali sebagai ‘Si Telinga Besar’ – satu rujukan kepada pemegang trofi yang mudah buat pemain dibandingkan dengan trofi Liga Europa yang tidak mempunyai pemegang.
Pemenang akan menerima trofi dalam upacara penyampaiannya selepas perlawanan dan meraih hak untuk satu lagi perlawanan Piala Super UEFA menentang juara Liga Europa, Manchester United, pada 8 Ogos nanti.
Fakta yang boleh menjadi buah mulut
* Cristiano Ronaldo sudah menjaringkan 103 gol dalam saingan UCL, bermakna dia telah mengatasi jumlah jaringan 22 kelab dalam sejarah 25 musim kejohanan ini.
* Dalam sejarah final UCL, 17 daripada 23 pasukan yang membuat jaringan dahulu, kesudahannya muncul juara.
* Ia adalah final Piala Eropah yang ke-62 atau final ke-25 sejak ia dijenamakan semula sebagai Liga Juara-Juara.
* Ia juga adalah ulangan final 1998 di antara Real Madrid dan Juventus. Ketika itu, Real Madrid menang 1-0 menerusi jaringan Predrag Mijatović.
* Jika Real Madrid tampil juara, besar kemungkinan Cristiano Ronaldo akan menyamai pencapaian Messi untuk meraih Ballon d'Or buat kali kelima dan jika sebaliknya, Buffon yang barangkali akan merampas anugerah berprestij itu nanti.