Bola sepak Malaysia telahpun dihidangkan dengan cerita paling mengejutkan apabila Perlis akhirnya dibatalkan penyertaan dalam saingan Liga Malaysia. Semuanya disebabkan seorang individu yang berasakan mengurus bola sepak umpama menjaga sebuah kelab bola sepak daerah.
Pengakhiran drama bola sepak Perlis yang entah berapa episodnya sebenarnya telah menyedarkan semua keluarga bola sepak Malaysia, terutama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Apa sebenarnya pengajaran yang kita peroleh daripada drama ini? Semua punya jawapan dari pelbagai sudut mahupun aspek.
Gara-gara seorang yang tiba-tiba datang entah dari mana, membuat semua jadi bingung. Apa motif sebenar "si polan" mahu terjun dalam bidang yang penuh dengan gelora ini?
Popular dapat masuk televisyen, muka terpampang di dada akhbar, sekali gus jadi popular pegang jawatan. Itu yang mungkin difikirkan "si polan" bersama tentera ciptaannya.
Pada peringkat awal, penulis mula memikirkan apakah Perlis tidak punya jurulatih-jurulatih terbaik hinggakan terpaksa "si polan" import jurulatih dari negeri jiran?
Sebut saja Cikgu Jan, Yusri Che Lah mahupun Manja Man serta ramai lagi yang punya bakat di Perlis yang mungkin telah bersedia menabur bakti bersama pasukan Singa Utara.
Bukan menidakkan jurulatih dari negeri jiran tetapi ia sekali gus akan menutup peluang anak jati Perlis. Mungkin juga jurulatih kelahiran Perlis sudah dapat membaca skrip ciptaan "si polan".
Sayang. Perlis yang satu ketika dahulu pernah melahirkan bintang-bintang ternama seperti Bakri Ibni, Ibrahim Saad, Manja Man dan penjaga gol, V. Marimuthu, semua mereka sudah berjaya meletakkan Perlis di kedudukan yang cukup membanggakan.
Kini persoalannya apakah hukuman yang bakal dikenakan FAM kepada Perlis? Bagaimana nasib anak-anak muda Perlis yang punya bakat akan beraksi? Penggantungan adalah sesuatu yang cukup merugikan buat bola sepak Perlis.
Cadangan penulis buat FAM beri kelonggaran buat pasukan muda sama ada dalam Piala Presiden mahupun Piala Belia teruskan saingan -- dengan syarat segala perbelanjaan diuruskan FAM menerusi geran yang masih lagi dipegang FAM.
Sebagai contoh setiap perbelanjaan untuk perlawanan membabitkan pasukan-pasukan muda ini haruslah diuruskan oleh FAM, bukan PFA, sehingga tempoh penggantungan selesai jika FAM mahu melaksanakannya.
Ingat anak anak muda Perlis yang berbakat tidak berdosa. Mereka menjadi mangsa keadaan. Jadi, berilah ruang dan peluang buat mereka.
Moga FAM pertimbangkan cadangan penulis demi sebuah kelangsungan buat bola sepak Perlis.
Buat Kerajaan Negeri Perlis, penulis mohon pertolongan. Tolong minati sukan bola sepak.
Sekian daripada penulis, Qhempoh Perlis Qhempoh. Terima Kasih, terima kasih, terima kasih.