Skip to main content

Rencana

Faiz dapat Datuk?

100117-faiz-subri-puskas-award-5.jpg
"Wow!", Itu reaksi spontan penulis selepas jaringan Faiz Subri diumumkan sebagai pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi tadi.

Penulis berada di Phnom Penh, Kemboja ketika ia diumumkan. Walaupun hanya sekadar menonton di kaca televisyen, keterujaan kejayaan bersejarah dari Zurich itu tetap dirasai. 

Siapa sangka, anak Malaysia boleh duduk sebaris dengan legenda, jurulatih, bekas jurulatih, pemain dan bekas pemain ternama dan terbaik dunia di dalam satu majlis bola sepak terulung.

Lebih mengkagumkan, Faiz sendiri berkongsi pentas dengan legenda bola sepak Brazil Ronaldo yang menyempurnakan majlis penyampaian anugerah tersebut.

Penulis tidak pasti apa yang bermain di fikiran orang ramai ketika itu, tetapi penulis dapat merasai sesuatu yang luar biasa telah berlaku untuk bola sepak negara.

Mana mungkin kita berada dalam majlis bola sepak bertaraf dunia jika mengambil kira senario bola sepak negara ketika ini. Tetapi dengan hanya satu jaringan ajaib, ia telah meletakkan 'Malaysia' di mata dunia.

Faiz mengharumkan nama negara dalam satu keadaan yang mungkin sukar untuk dilakukan lagi. Ada cakap-cakap nakal, ia menjadi yang pertama dan terakhir kali.

Tak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting Faiz menang!. Ketika dia dihamburkan dengan jutaan ucapan tahniah oleh peminat di serata tempat, timbul pula persoalan apakah 'hadiah' untuk Faiz nanti? 

Jawab spontan rakan penulis yang sama-sama menonton rancangan pada awal pagi Selasa "dapat datuk la tu nanti", kata Ezreen Isa yang merupakan 'orang kuat' penulis sepanjang 6 hari berada di Kemboja.

Advertisement

Must Watch Video