Musim 2017 menyaksikan penamat kepada legasi 40 tahun yang dipegang oleh Bernie Ecclestone dalam sukan permotoran Formula 1.
Sejak menerajui Formula 1 lewat 1970-an dalam pelbagai kapasiti, antaranya selaku ketua pegawai eksekutif (CEO), Ecclestone berjaya membawa arus perubahan kepada sukan itu yang lebih bersifat amatur ketika zaman berkenaan.
Kini teraju Formula 1 diambil alih Liberty Media yang akan bertanggungjawab penuh terhadap pengurusan serta penganjuran perlumbaan bermula musim 2017.
Tidak banyak perubahan dijangka dapat dilakukan untuk musim ini kerana kebanyakan pasukan sudahpun jalani ujian serta persiapan jentera masing-masing sejak penghujung 2016.
Manakala kedudukan yang dipegang Ecclestone selepas ini akan diteruskan Chase Carey yang turut dilantik sebagai pengerusi Formula 1 dengan proses pengambilalihan dijangka selesai pada Mac sebelum bermulanya perlumbaan pembuka tirai di Melbourne, Australia.
Nyata apa yang telah dilakukan Ecclestone bakal menjadi penanda aras buat Carey di mana dia kini fokus untuk lebih mendekati peminat menerusi media sosial, sesuatu yang kurang dilakukan sebelum ini.
Selain itu, Ecclestone turut menjadikan perlumbaan Formula 1 lebih profesional berbanding beberapa dekad yang lalu walaupun tidak dinafikan saingan ketika ini hanya lebih tertumpu kepada beberapa pasukan yang dianggap dominan.
Sudah pasti peminat dan juga pemegang taruh yang terbabit dalam Formula 1 akan menantikan apakah perubahan yang mampu dibawa kepada sukan ini supaya ia persaingan sengit antara pasukan serta pelumba mampu mewarnai semula perlumbaan.