Sedar atau tidak, sudah enam tahun mendiang Chua Boon Huat meninggalkan kita.
Seorang pemain serba boleh yang mampu beraksi di mana-mana posisi sebelum mengisi jentera serangan skuad hoki negara pada 2012.
Mendiang diingati sebagai pemain, senior, abang dan sahabat yang baik dalam kalangan komuniti hoki seluruh negara.
Malah, ramai yang mengangkatnya salah seorang pemain terbaik yang pernah dilahirkan Malaysia.
Jika mendiang masih ada, tentu beliau gembira dengan apa yang berlaku dalam skuad kebangsaan.
Beliau pernah mencacah tatu 'Living The Dream' di lengan kanan dengan harapan dapat beraksi dalam Piala Dunia 2014. Akhirnya Malaysia layak ke The Hague, Belanda, setahun selepas kematiannya.
Malah, Malaysia sekali lagi layak ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India.
Walaupun tidak sempat menikmati hasil kerja keras itu tetapi saya yakin, semangat Chua bersama pasukan ketika menggalas cabaran di kedua-dua kejohanan.
Cuma saya fikir, impian mendiang ialah untuk Malaysia sekali lagi menjejakkan kaki ke Sukan Olimpik selepas kali terakhir pada 2000 (ketika itu beliau beraksi).
Komuniti hoki Malaysia seperti jurulatih Universiti Kuala Lumpur, Arul Selvaraj, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah (jurulatih wanita negara), Madzli Ikmar Mohd Noor (bekas pertahanan negara) mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang di laman sosial.
Pantas betul masa berlalu.
Sedar tidak sedar, sudah enam tahun Chua meninggalkan kita.
Saya masih ingat temu bual terakhir kami, beberapa jam sebelum mendiang terbabit kemalangan maut: "Sebagai pemain saya tidak mengharapkan imbuhan. Ia akan datang sendiri sebagai ganjaran jika sasaran berjaya dicapai," katanya.
Seorang insan yang hebat.
Takziah keluarga mendiang Chua Boon Huat.