Berapa pelaburan yang mampu dibayar demi slot ke Piala Dunia ?
Sehingga kini kita hanya mampu sembang di kedai kopi dan tertanya tanya sempat atau tidak untuk melihat Malaysia sebaris dengan nama gergasi dunia yang lain satu hari nanti.
Jawapannya adalah tidak.
Malaysia tidak akan kemana dan hanya akan terus menganyam impian sambil melihat pasukan lain mengorak langkah mara selangkah demi selangkah ke pentas tertinggi.
Kita mudah nampak silap orang.
Kita mudah tuding jari dan letak kesalahan hanya disebabkan satu kegagalan.
" Dia yang set sasaran, sekarang kena tanggungjawab lah". Itu alasan yang diukir sebaik Lim Teong Kim gagal tunai janji ke pentas Piala Dunia bawah 17 tahun apabila tersungkur di peringkat kumpulan.
Selain tempoh masa selama 4 tahun yang telah diambil, kos pembentukan skuad impian di pentas Piala Dunia kini dalam situasi belum pasti.
Belanja 15-20 juta Ringgit setahun kini jadi perdebatan selain gaji RM175,000 sebulan untuk Lim Teong Kim mula dipersoalkan dengan hasil yang tidak seberapa.
Pernah kita terfikir berapa lama masa dan belanja yang diambil negara gergasi Asia seperti Jepun dan Korea Selatan untuk mereka sampai di kedudukan mereka sekarang ?
Tetapi kita masih pilih untuk pandang ke belakang dengan melabel skuad bawah 16 tahun 2014 kendalian S.Balachandran yang terbaik pernah kita ada kerana lepasi halangan peringkat kumpulan dengan beza satu peringkat iaitu mampu beraksi di slot suku akhir.
Sudahnya pemecatan individu terus menjadi trend dan pembentukan program baru akan terus menjadi tradisi.
Selepas ini berapa banyak lagi program yang akan diusahakan tetapi bersifat sekerat jalan yang akhirnya menjadi perdebatan?
Berapa banyak pula program yang dilancar sebelum ini juga menerima nasib yang sama ?
Tepuk dada tanya selera ..