Saingan Piala Suzuki AFF 2018 kini menghampiri penghujungnya selepas empat pasukan terbaik sudah mengesahkan tempat di separuh akhir.
Pada pengamatan penulis, keempat-empat pasukan itu memiliki peluang seimbang merebut kejuaraan kali ini.
Vietnam dan Thailand pasti dilihat pilihan utama selepas menjuarai Kumpulan A dan B.
Vietnam :
Skuad kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang Seo, tampak mempertaruhkan 15 pemain B-23.
Kesemua 15 pemain tersebut turut memperkuatkan skuad B-23 Vietnam yang muncul naib juara Kejohanan AFC B-23, Januari lalu.
Vietnam masih dibarisi beberapa pemain senior seperti penyerang veteran, Nguyen Anh Duc.
Dalam aksi peringkat kumpulan, mereka memenangi kesemua perlawanan kecuali ketika berdepan Myanmar yang berakhir seri 0-0.
Namun, tonggak B-23 yang dipertaruhkan Vietnam tampak kurang matang di peringkat senior.
Meskipun menewaskan Malaysia 2-0, Vietnam tampak lebih gemar bertahan dan bermain secara taktikal untuk mengatasi Harimau Malaya serta gagal menewaskan Myanmar.
Kesimpulannya, barisan itu seakan tidak seampuh barisan edisi 2014, 2016 dan juga 2008 ketika mereka muncul juara.
Malaysia:
Di kalangan empat semifinalis, Malaysia adalah satu-satunya pasukan yang dikendalikan jurulatih tempatan iaitu Tan Cheng Hoe.
Selaku penolong jurulatih ketika barisan Datuk K Rajagobal muncul juara pada 2010, Cheng Hoe jelas memiliki ramuan membentuk barisan juara.
Seperti skuad 2010, Harimau Malaya turut berdepan tekanan tinggi ke separuh akhir selepas tumpas 2-0 kepada Vietnam dalam aksi Kumpulan A di Hanoi.
Namun, sokongan padu lebih 80,000 peminat termasuk kumpulan penyokong Ultras Malaya menyuntik semangat pemain meraih kemenangan 3-0 ke atas Myanmar untuk mara ke separuh akhir.
Kelemahan utama skuad negara ialah ketiadaan seorang perancang kreatif, apabila Cheng Hoe memutuskan untuk tidak membawa pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih, yang tidak cergas sepenuhnya untuk saingan kali ini.
Namun, dengan formasi 4-2-3-1 yang kerap dicanang Cheng Hoe, Norsharul Idlan Talaha tampak efektif selaku penyerang kedua, tengah menyerang atau pemain nombor "10" dalam kesebelasan utama.
Barisan kali ini turut mempunyai banyak pilihan untuk diturunkan di posisi sayap dan penggempur utama pasukan.
Tidak mustahil cabaran Thailand mampu ditangani, seandainya setiap pemain berada ditahap terbaik pada aksi separuh akhir pertama.
Thailand:
Seperti setiap edisi Piala Suzuki AFF, Thailand akan turun sebagai pilihan utama meraih kejuaraan.
Namun, barisan Thai kendalian jurulatih berpengalaman Serbia, Milovan Rajevac, kali ini tampak membariskan beberapa tonggak baru.
Bekas pengendali skuad Piala Dunia Ghana itu memutuskan untuk tidak menyenaraikan beberapa tonggak senior seperti Teerasil Dangda, Chanatip Songkrasin dan Teerathon Bunmathan.
Ketiga tiga pemain yang beraksi di Liga J itu tidak mendapat pelepasan kelab masing-masing dan Rajevac mengambil keputusan untuk memberi peluang kepada muka baru.
Turut tidak tersenarai ialah bintang edisi 2014, pemain berdarah kacukan Thai-Switzerland, Charyl Chappuis, yang tampak kurang menyinar bersama Muangthong United dalam saingan Liga Satu Thai, musim ini.
Namun, ketiadaan bintang-bintang utama itu tidak menjejaskan Thailand dengan pemain seperti Adisak Kraison dan Supachai Jaided berjaya memainkan peranan sebagai pemain utama.
Thailand mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan A dan mereka tampak yakin berdepan Malaysia.
Filipina:
Seperti Thailand, Filipina mengambil seorang jurulatih berprofil tinggi untuk saingan kali ini dengan melantik bekas pengendali England, Sven Goran Ericksson, sebagai ketua jurulatih.
Namun, tidak seperti Rajevac yang berjaya menonjolkan ramai muka baru, Eriksson tampak mengekalkan tonggak pemain berpengalaman berdarah kacukan dalam pasukan The Azkal.
James dan Philip Younghusband masih menjadi sandaran pasukan bersama Stephan Schrock yang pernah beraksi dalam saingan Bundesliga, Jerman.
Filipina mara ke separuh akhir saingan kali ini selaku naib juara Kumpulan B dan bakal berdepan Vietnam dalam aksi separuh akhir.
Meskipun ranking dunia FIFA Filipina kini di tangga ke 116 dunia, dan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emeriah Arab Bersatu (UAE), skuad The Azkal belum pernah ke final Piala Suzuki AFF.
Dengan reputasi Ericksson, sudah pasti peminat setia Filipina mahu melihat pasukan itu ke final, kali ini.
Kesimpulan:
Kesemua semifinalis mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Jika Malaysia ke final dan muncul juara, kita mampu membuktikan pengendali tempatan di rantau ini tetap berkualiti.
Jika Thailand ke final dan muncul juara, ia membuktikan Skuad Gajah Perang itu kini mempunyai kelompok pemain berkualiti yang besar serta terus menjauhkan jurang dengan negara-negara jiran yang lain.
Vietnam jika berjaya meraih kejayaan membuktikan mereka dilandasan terbaik mendekatkan diri dengan terbaik di Asia selepas kecemerlangan barisan B-23 dalam saingan AFC.
Dan Filipina jelas masih memerlukan kejuaraan antarabangsa bagi meningkatkan populariti sukan bola sepak dan liga domestik mereka.