Musim 2018 menghidangkan cabaran berbeza untuk penulis.
Bersama Hasnizam Uzir, Asmawi Bakiri dan Datuk Mirnawan Nawawi, penulis membentuk empat serangkai yang ditugaskan menghidupkan program dinamakan Happy Hours di Radio Arena setiap Isnin, Rabu dan Khamis dari jam 6 petang hingga 10 malam.
Mula bersiaran pada 1 Februari, Happy Hours menampilkan empat segmen – Tendang Tonjol, Otak Kayu, Keyboard Warrior dan Ladies’ Night.
Tendang Tonjol berkisar kepada bola sepak. Sebagaimana yang dibincangkan menerusi celoteh kami 1 Februari lalu, ia membincangkan perlawanan Liga M dalam bentuk gosip, kisah di sebalik tabir, persiapan dan prospek pasukan serta previu dan reviu.
Sebagai permulaan, prospek JDT dan Kedah dalam Piala Sumbangsih dibincangkan dari pelbagai sudut.
Otak Kayu pula membuka ruang perbincangan kepada sukan-sukan raket atau kayu, seperti hoki, badminton, skuasy dan tenis. Sebagai episod pengenalan, topik Otak Kayu berputar sekitar Liga Hoki Malaysia yang menghampiri kemuncak serta diwarnai lebih 20 pemain asing.

Keyboard Warrior mengajak pendengar meninggalkan komen, analisis dan pendapat masing-masing mengenai topik atau persoalan terpilih, untuk dibaca, dikupas dan dibincangkan di konti. Tentu sekali komen dalam Facebook Astro Arena, Johor Southern Tigers dan Kedah FA dibaca sebagai permulaan.
Ladies’ Night pula membincangkan aktiviti dan perkembangan atlet wanita negara berdasarkan status mereka dalam akaun media sosial masing-masing.
Sebagai permulaan, Mirnawan berkongsi pandangannya mengenai Intan Sarah Anisah Zulgafli atau lebih dikenali sebagai Serah, pemain futsal wanita kebangsaan.
Penulis pula meninjau instagram pemain boling tenpin negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi yang juga pengumpul tas tangan dalam pengembaraannya ke seluruh dunia.
Asmawi mengikuti perkembangan pemain bola jaring, An Najwa Azizan, manakala Hasnizam menceritakan aktiviti gimnas negara, Tracie Ang.
Untuk anda yang mahu mendengar celoteh kami mengenai sukan dari pelbagai perspektif, jangan lupa muat turun aplikasi Raku atau layari dengar.arena.my serta ikuti perkembangan semasa menerusi semua pelantar media sosial Astro Arena.