Gempar! Esok (7.45 malam waktu Sepanyol) akan berlangsungnya El Clasico. Tapi Barcelona sudah pun bergolak.
Laporan dari Sepanyol mendedahkan trio MSN – Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar – enggan bertentang mata mahupun bercakap dengan jurulatih mereka, Luis Enrique.
Ia semuanya gara-gara tersingkirnya Barca di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara – dan trio itu menyalahkan Enrique dan pemilihan kesebelasannya.
Dengan Barca kini ketinggalan tiga mata kepada seteru rapat dalam LaLiga, Real Madrid, yang turut mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara, dikhabarkan ketenteraman di Nou Camp kini bergelora.
Memetik laporan akhbar Sepanyol, Diario Gol, trio penyerang kelab Catalan itu berdendam dengan Enrique sejak kekalahan 0-2 kepada Malaga awal bulan ini, yang menyaksikan kelab itu semakin ditinggalkan Madrid di singgahsana LaLiga.
Khabarnya, keputusan untuk menurunkan Jeremy Mathieu ketika tumpas kepada Malaga dan sekali lagi sewaktu disingkirkan Juventus, mengundang kemarahan trio MSN di dalam bilik persalinan.
Laporan Diario Gol mendakwa Messi, Suarez dan Neymar enggan bercakap dengan Enrique – yang akan meninggalkan kelab pada akhir musim – dengan kepercayaan jurulatih itulah yang harus dipertanggungjawabkan di atas kemerosotan pasukan.
Mereka juga dikatakan kecewa dengan pembelian pemain yang dibuat Enrique, dengan pemain seperti Paco Alcacer dan Andre Gomes, didakwa gagal memenuhi jangkaan.
Malah, keadaan dalam kem Barca bertambah gawat apabila Messi dan Neymar tidak turun berlatih kelmarin demi mengelakkan bertentang mata dengan Enrique.
Sudah ada yang mengandaikan suasana dalam pasukan umpama bom jangka yang hanya menanti masa untuk meletup.
Realitinya, Barca tidak mampu tewas kepada Madrid kerana hanya kemenangan dapat memberikan jumlah mata yang sama dengan lawan itu pada ketika Real masih berbaki satu perlawanan dalam tangan.
Jika tidak, impian ‘treble’ Barcelona yang sudah pun lenyap setelah tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan gelaran LaLiga turut terlepas, skuad Catalan itu hanya boleh bersandar kepada final Copa del Rey – menentang Alaves pada 27 Mei di Estadio Vicente Calderon – untuk trofi tunggalnya musim ini.
Dalam pada itu, Barcelona juga sebuah pasukan yang sudah biasa dengan suasana tekanan dan kehangatan bak ketuhar gelombang mikro.
Ia mungkin kejutan yang diperlukan mereka untuk meniti landasan kejuaraan berganda musim ini.