DTSB atau Datuk Tey Seu Bock punya sejarah yang lama bersama badminton Malaysia bermula dengan kerjaya sebagai pemain pada era 90-an.
Bagi saya, ada pemain yang dilahirkan menjadi jaguh hebat tetapi tidak ditakdirkan untuk menjadi jurulatih berkaliber.
Ada pula yang bergelut untuk melalui kerjaya sebagai pemain dan kemudian cuba nasib sebagai jurulatih.
Seu Bock berada dalam kategori seorang pemain yang bijak mengumpul ilmu dan kemudian lebih bijak memanjangkannya kepada anak didik lebih berbakat.
Anak jati kelahiran Pengkalan Balak, Alor Gajah Melaka ini menghampiri tempoh dua dekad berkhidmat bersama Persatuan Badminton Malaysia BAM.
Sepanjang mengenalinya, tidak pernah sekalipun dia gentar dalam menyahut apa jua tugasan dalam kem kebangsaan.
Peminat sukan tanah air, akan sentiasa mengaitkan Seu Bock sebagai antara individu yang membentuk legasi mutlak Datuk Lee Chong Wei.
Tetapi saya lebih berminat menyentuh kisah Seu Bock mengetuai skuad perseorangan wanita sejak 2017.
Dalam waktu yang singkat, pada masa itu dia memastikan emas perseorangan wanita di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 milik kem negara selepas Goh Jin Wei menewaskan rakan sepasukan, Soniia Cheah, dalam final.
Menjelang kempen Sukan SEA Filipina 2019, skuad perseorangan wanita negara menerima tamparan hebat apabila Jin Wei dilanda krisis kesihatan.
Mungkin jurulatih ini punya magis tersendiri apabila Malaysia meraikan kehadiran ratu baru dalam pembikinan, S.Kisona.

Kisona dalam pratemasya langsung tidak diletakkan sebagai pilihan untuk beraksi buat skuad kebangsaan apatah lagi memenangi pingat emas.
Seperti perkongsian foto ini, DTSB dan gadis-gadis emasnya memiliki catatan sejarah tersindiri dalam kisah badminton Malaysia.
Mungkin tuahnya akan membawa kepada sesuatu yang istimewa di pentas lebih berprestij ketika Sukan Olimpik Tokyo 2020 melabuhkan jemputan kepada mereka yang ingin dikenang sepanjang zaman.