Jika individu normal bercerai atau putus cinta, selalunya mereka mempunyai tempat untuk meluahkan perasaan.
Tidak kira keluarga, sudara-mara atau rakan, luahan itu pasti sesuatu yang dapat mengurangkan tekanan.
Namun bagaimana dengan atlet yang jadual harian menuntut fokus 100 peratus atau mereka boleh cedera ketika berlatih atau menyertai kejohanan.
Jadi, Program Podium memperkenalkan...'Dr Cinta'!
Bunyi seperti lucu tetapi realitinya, Dr Cinta akan menjadi tempat atlet meluahkan perasaan sama ada isu cinta atau peribadi lain.
"Kami sedang berusaha untuk menambah jumlah pakar psikologi di mana salah satu tugas mereka ialah sebagai tempat atlet meluahkan perasaan apabila bercerai atau putus cinta dengan pasangan," kata Pengarah Program Podium, Tim Newenham.
Saya fikir ia langkah yang bijak kerana atlet seperti model.
Mereka nampak hebat di atas gelanggang, bertarung, berjuang demi menggembirakan peminat tetapi dalam hati mereka siapa yang tahu?
Saya pernah membaca pendekatan majikan di Jepun.
Hime & Company, syarikat berpangkalan di Tokyo membenarkan pekerja mengambil 'cuti pening kepala'
"Bukan semua orang perlu mengambil cuti bersalin, namun kerana masalah ini, semua orang perlu masa untuk diri sendiri.
"Sama seperti ketika kita sakit," kata CEO Hime & Company, Miki Hiradate.
Pendekatan ini belum digunakan syarikat di Malaysia, namun ia akan menjadi permulaan yang baik untuk memastikan atlet sentiasa cergas dan bersedia untuk menggembirakan peminat.
Justeru, atlet-atlet yang putus cinta...tidak kira lelaki atau wanita, jangan bimbang, 'Dr Cinta' sedia berkhidmat untuk anda!