Buat saya, musim Liga Super 2017 bermula dengan pergi ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk menyokong pasukan kesayangan saya dan seluruh rakyat Melaka, iaitu Melaka United, menentang Selangor The Red Giants.
Ini adalah perlawanan pertama Melaka United dalam Liga Super selepas lebih 10 tahun setelah perlawanan menentang Kelantan The Red Warriors ditangguhkan akibat keadaan padang yang tidak mengizinkan.
Sebaik sahaja tiba di Stadium Selayang, saya terus sahaja membeli tiket dan sempat singgah di salah sebuah gerai yang menjual replika jersi dan cenderahati untuk membeli mafla Melaka United. Tidak lengkap rasanya hanya jersi keramat Hijau Putih yang dipakai.
Buat pertama kalinya, saya mengambil tempat bersama-sama penyokong Melaka United di tempat duduk di seberang tempat duduk utama. Memang meriah. Kalau tidak riuh rendah, bukanlah orang Melaka namanya.
Melaka United pada pra-musim adalah antara pasukan yang begitu serius dalam membentuk pasukan.
Jurulatih, Eric Williams, dan tiga pemain import baru, Sergio Aguero, Godwin Antwi dan Jeon Woo-Young serta kemasukan Amri Yahya, Khairul Azrin dan beberapa pemain tempatan sudah cukup menunjukkan betapa musim 2017 Melaka United amat serius.
Walaupun dalam perlawanan ini hanya tiga pemain import diturunkan dalam kesebelasan utama kerana Woo-Young dari Korea Selatan hanya tiba dua hari sebelum perlawanan, dia diturunkan juga pada minit ke-65.
Separuh masa pertama berkesudahan 0-0. Dalam separuh masa kedua, Melaka dan Selangor menukar corak permainan kepada yang lebih 'offensive' hingga membuahkan lebih banyak percubaan gol daripada kedua-dua pasukan.
Saat yang dinantikan oleh seluruh penyokong Melaka tiba di minit ke-65 apabila percubaan dari luar kotak penalti oleh Azrin membuahkan gol pertama Melaka United.
Kami bersama Ultras Taming Sari bersorak kegembiraan. Di saat ini kami semua seperti sebuah keluarga atau sudah seperti kenal lama dalam sama-sama menyambut gol buat Melaka United.
Bagaimanapun, Selangor Red Giants berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-81 menerusi tandukan Victor Astafei.
Pengalaman pertama saya menyaksikan Melaka United beraksi dalam Liga Super sudah cukup membuat saya begitu bangga dan terharu. Pasti bukan saya sahaja, malah semua penyokong Melaka United yang berada di stadium dan yang berada di Melaka dan di seluruh pelusuk tanah air pasti perasaan mereka serupa.
Perlawanan di tempat lawan, satu mata sudah cukup membuat kami begitu puas kerana kami tahu pemain pemain akan lebih selesa dalam membentuk persefahaman yang lebih mantap dalam perlawanan perlawanan akan datang dan diberi sedikit masa lagi.
Pasukan Selangor The Red Giants, walaupun agak terumbang-ambing sebelum bermulanya musim ini, pendapat saya mereka mempunyai pasukan yang tidak boleh dipandang "enteng" oleh pasukan lain.
Selepas tahun 1983 di mana Melaka menjuarai Liga Malaysia, Melaka terumbang-ambing sehingga tergelincir ke Liga FAM, ke Liga Perdana, turun balik ke Liga FAM semula sehinggalah menjuarai Liga FAM 2015, Juara Liga Perdana 2016 dan kini beraksi dalam Liga Super.
Untuk itu, kredit harus diberikan kepada Melaka United Soccer Association (MUSA), terutama Ketua Menteri yang juga presidennya, Datuk Seri Utama Ir Idris Haron, dan juga Datuk Wira Yusof Mahadi serta pegawai-pegawai MUSA yang berjaya melakukan transformasi terhadap bola sepak Melaka.
Melaka United kini bersama 'big boys', JDT, Kedah, Felda United, Pahang, Perak dan beberapa lagi pasukan lain yang sudah biasa di pentas besar seperti ini.
Untuk musim pertama dalam Liga Super ini, buat saya secara peribadi, jika Melaka United dapat bersaing rapat dan kekal dalam kancah Liga Super untuk musim hadapan, ia sudah mencukupi. Pengalaman yang ditimba ini sudah pasti akan membina asas yang kukuh untuk musim-musim akan datang.
Kita harus faham kejayaan bukannya mudah untuk datang sekelip mata. Ia akan mengambil sedikit masa.
Kejayaan juga bergantung kepada pengorbanan dan sumbangan semua pihak, baik dari pihak pengurusan, jurulatih dan pemain-pemain, penaja serta penyokong. Semua harus memainkan peranan masing-masing.
Penyokong sentiasa akan berada di belakang pasukan apabila pasukan mencapai kejayaan. Tetapi yang penting sekali adalah penyokong tetap berada di belakang pasukan apabila mereka berada di kedudukan tidak selesa. Inilah mentaliti yang perlu diterapkan dan diubah.
Sebagai seorang yang dilahirkan dan dibesarkan di Melaka, lama sudah saya menantikan saat ini. Dari anak kecil yang pernah melihat bola sepak Melaka berjaya pada tahun 1983, kini kami kembali semula dalam kancah tertinggi bola sepak Malaysia.
"Gegau Melaka Gegau" dan All The Best Melaka United!