"Mereka tidak mahu beraksi di Olimpik kerana duit, bukan Zika".
Demikian pandangan keras Carloz Nuzman, Presiden Jawantankuasa Penganjur Rio yang kecewa dan marah dengan penarikan diri empat pemain golf lelaki terbaik dunia daripada Olimpik Rio.
112 tahun lalu merupakan Kali terakhir sukan yang dianggap sukan elit ini dipertandingkan di Amerika Syarikat.
Itu pun kategori wanita digugurkan untuk memberi laluan kepada acara berpasukan lelaki. Pingat emas individu lelaki dimenangi oleh George Lyon dari Kanada dan Amerika Syarikat pula juara acara berpasukan.
Apabila sukan lain beria-ria untuk membida bagi peluang dimasukkan sebagai salah satu sukan di Olimpik, pemain nommbor 1 dunia Jason Day dikuti oleh Dustin Johnson, Jordan Spieth dan Rory McIlroy, ternyata tidak mempunyai sentimen yang sama.
Mereka menarik diri memberi alasan bahawa risiko kesihatan disebabkan virus zika merupakan faktor utama mereka tidak ke Rio.
Selain itu antara sebab mereka tidak mahu beraksi di Rio adalah kerana faktor keselamatan dan sirkit dunia golf terlalu padat untuk mereka memberi ruang kepada sukan Olimpik.
"Saya bermain golf untuk menang kejohanan besar dan tidak bertanggungjawab untuk memastikan golf berkembang dan memberi inspirasi untuk orang lain berkecimpung dalam sukan ini", kata Rory, bekas pemain nombor 1 dunia dari Ireland Utara.
Komen Rory kurang disenangi oleh bekas pemain skuasy wanita nombor 1 dunia, Laura Massaro. Juara dunia 2013 dari England itu berasa kecewa kerana pemain terbaik lelaki golf dunia seakan-akan tidak menghormati erti Olimpik.
"Sukan skuasy sudahpun tiga kali membida untuk peluang di Olimpik, namun gagal. Kesemua pemain skuasy di dunia betul-betul impikan bermain di Olimpik.
"Bagi saya, IOC perlu pertimbangkan semula sama ada sukan golf sepatutnya beraksi di Olimpik pada masa akan datang", kata Laura dengan nada marah.
Walau bagaimanapun empat pemain golf Malaysia yang layak ke Olimpik Rio secara merit iaitu Danny Chia, Gavin Kyle Green, Kelly Tan dan Michelle Koh meluahkan nada yang lebih positif.
Danny yang sudah lama berbakti untuk negara amat teruja beraksi di Olimpik buat kali pertama.
Dia juga menyangkal keputusan pemain ternama yang tidak menghormati semangat Olimpik dan menarik diri.
"Saya pernah mewakili negara di Sukan SEA, Piala Dunia dan banyak kejohanan berpasukan tetapi Olimpik adalah sesuatu yang berbeza dan cukup istimewa", kata Danny.