Dalam kecemerlangan kontinjen Malaysia dan pasukan badminton lelaki serta wanita negara mara ke final acara berpasukan Sukan SEA KL 2017, suasana positif itu sedikit terganggu dengan berita tertewasnya Lee Chong Wei di pusingan pertama kejohanan dunia di Glasgow, Scotland.
Sebagai bekas atlet elit negara saya faham bahawa dalam sukan ada kekalahan dan kemenangan.
Namun saya masih kecewa dengan persembahan Chong Wei.
Tidak sama sekali saya ingin merendah-rendahkan pemain nombor 1 perseorangan lelaki negara ini kerana dia ialah idola sukan yang saya hormati, seorang rakan dan pernah menjadi rakan seangkatan.
Kemungkinan perasaan kecewa ini datang dari hati yang ingin melihat Chong Wei menjadi juara dunia buat kali pertama serta percaya dia boleh mencapai impian itu.
Tambahan lagi, banyak faktor yang menjadi motivasi buat Chong Wei yang pernah layak ke 3 final kejohanan dunia untuk merangkul takhta yang diimpi-impikan oleh semua pemain badminton.
Antaranya Dato’ Misbun Sidek kembali kepangkuan BAM dan Chong Wei setelah agak lama menyepi.
Suntikan legenda negara ini memastikan persiapan pemain berstatus selebriti dari Pulau Pinang, Chong Wei pada tahap terbaik.
Motivasi untuk berjaya di Glasgow juga pada tertinggi kerana seperti yang diumumkan Chong Wei kemungkinaan besar ini adalah kejohanan dunia terakhir baginya.
Sukar untuk para peminat menerima kekalahan ini kerana lawan yang menewaskan Chong Wei, Brice Leverdez bukan dari negara gergasi badminton.
Brice dari Perancis pernah menewaskan Chong Wei di Terbuka Denmark tahun lalu mengulangi kejayaan itu dengan 21-19, 22-24, 21-17.
Para peminat Chong Wei seperti biasa akan terus menyokong bekas pemain nombor 1 dunia itu, namun realitinya kekalahan ini mengecewakan Malaysia.
Apapun, biarlah masa menentukan masa depan Chong Wei.
Positifnya, berita kurang baik ini tidak sama sekali menghalang rakan sepasukan di Kuala Lumpur mara ke final dalam misi merangkul pingat emas berpasukan wanita dan lelaki masing-masing menentang Thailand dan Indonesia pada Khamis.