Semboyan telah dibunyikan dan perang psikologi telah bermula dimana pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim, Tunku Ismail (TMJ) telah menyusun strategi dengan baik serta terancang ketika perebutan tahkta Liga Super tertumpu kepada dua pasukan sahaja iaitu JDT dan Felda United.
Kita lihat sahaja bagaimana kedua-dua jurulatih pasukan ini memainkan peranan begitu baik sekali. Mengunakan sepenuhnya pemain mengikut keperluan perlawanan. Sistem giliran pemain yang dipratikkan sungguh memberikan kelebihan kepada mereka.
Lihat sahaja pasukan-pasukan lain yang hanya memberikan alasan apabila pasukan mereka tidak mampu memberi saingan ketika mengejar kedudukan liga.
Apakah hanya dua pasukan ini yang bermain dalam saingan Liga Super. Dimana pasukan-pasukan yang boleh dikatakan mempunyai pemain-pemain berbakat dan berkualiti. Kenapa ini boleh berlaku?
Adakah disebabkan sikap pemain sendiri atau majikan yang tidak mengambil berat tentang kebajikan pemain itu yang memyebabkan mendorong kepada kemerosotan persembahan mereka.
Itu yang perlu diperhalusi kerana dua kelab yang menduduki tangga teratas Liga Super ini adalah merupakan kelab- kelab yang mampu memberi kepuasan kepada pemain terutama dalam soal kebajikan. Sebab itu kita perhatikan sekarang hanya JDT vs Felda United sahaja dalam perebutan juara liga.